KELUAR SUARA NENEK KEBAYAN KETIKA BERBEKAM…

Ini kisah benar yang berlaku dipusat rawatan saya.Pesakit menceritakan beliau sudah banyak kali menjalani rawatan ruqyah.Semasa dibekam pesakit merasa agak perit ditempat yang dicucuk dengan jarum sedangkan bagi orang yang normal mereka tidak akan berasa sakit .Selain daripada itu,semasa dibekam kelihatan sesuatu bergerak dengan sendiri dibawah permukaan kulit dibahagian kakinya.Tidak lama selepas itu pesakit menjerit dan mengeluarkan suara nenek kebayan.Badan pesakit mulai agak kejang.Saya membacakan ayat qursi keatas pesakit dan menyapukan minyak kasturi.Alhamdulillah pesakit berada dalam keadaan terkawal.Kesemua ini berlaku adalah disebabkan oleh pesakit mempunyai gangguan yang agak teruk dan sudah lama.Jin bergerak-gerak didalam badan pesakit kerena tidak mahu dikeluarkan.Bagi mereka yang pernah mengalami situasi begini anda jangan panik kerana tujuan jin berbuat demikian adalah psiko kepada pesakit supaya pesakit tidak lagi berbekam dan ia akan menyakitkan tubuh badan si pesakit.Dengan lebih kerap berbekam ,insyallah penyakit gangguan anda akan berkurangan sedikit demi sedikit.Ia memerlukan sedikit kesabaran..

MERAWAT SAKIT TULANG BELAKANG DENGAN BERBEKAM..

Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit atau teruk. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang  lebih cenderong mengalami kesakitan atau kecederaan. Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil  ‘disc’ atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah.

Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.

Bagi mengatasi masalah ini anda boleh melakukan rawatan bekam 2 minggu sekali.Rawatan bekam darah akan dilakukan dibahagian tulang belakang.Insyallah masalah kesakitan yang anda alami akan baik.

Untuk rawatan sila buat temujanji kepada Pn.Aini 019-2608092

 

MASALAH SENGUGUT…

Sengugut adalah masalah yang biasa dialami oleh   wanita semasa datang haid.Kesakitan ini biasanya dirasai dibahagian bawah abdomen,pinggang dan kaki.Ada sesetengah kes yang lebih teruk apabila sengugut menyerang,ada yang muntah,mengigil dan sakit kepala.

Bagi mengatasi masalah ini ,anda digalakkan berbekam 2 minggu sebelum datang haid.Anda juga digalakkan minum madu + habbatus sauda.Insyallah masalah sengugut anda akan selesai.

Untuk rawatan sila buat temujanji kepada Pn.Aini 019-2608092

 

 

MULANYA PERINTAH BERBEKAM….

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh tarmizi dari Ibnu Mas’ud Nabi bersabda yang bermaksud:

“Aku tidak berjalan dihadapan sekelompok malaikat pada malam aku diisrakmikrajkan melainkan mereka berkata ;wahai Muhammad ,perintahkan ummatmu untuk berbekam”.

Dalam hadis yang lain juga dinyatakan bahawa ketika nabi hendak kembali dari israkmikraj,malaikat berkata kepada nabi sambil menyampaikan perintah untuk berbekam; “ini hadiah dari Allah untukmu”

Dari hadis diatas dapat difahami dengan jelas bahawa kedudukan bekam sangat tinggi sekali dalam islam,sehingga penerimaan perintah untuk berbekam itu tidak ada dibumi tetapi dilangit.Diselarikan dengan penerimaan perintah untuk solat.

BEKAM MENGATASI MASALAH LENGUH-LENGUH KAKI DAN SAKIT-SAKIT BADAN..

Tentunya ramai dikalangan anda yang mengalami lenguh-lenguh kaki dan sakit badan selepas penat bekerja.Ini mungkin terjadi disebabkan oleh urat-urat anda mengalami ketegangan .Bagi mengatasinya cara yang paling baik adalah menjalani rawatan bekam overhaul iaitu 22 cup hingga 40 cup di bahagian belakang badan anda dan juga kaki.Insyallah badan anda akan merasa ringan dan segar.

Kepada yang ingin menjalani rawatan sila sms kepada Pn.Aini 019-2608092