PENYELESAIAN MASALAH SAKIT PINGGANG…

Pastinya anda pernah mengalami kesakitan dibahagian pinggang.Mungkin disebabkan oleh mengangkat barang yang berat,tersalah urat,atau duduk terlalu lama.

Bagi mengatasi masalah ini anda digalakkan berbekam sebulan sekali bagi melancarkan peredaran darah dan membaiki urat saraf yang bersimpul.Insyallah masalah anda dapat diatasi.

Bekam adalah rawatan yang elok diamalkan.Ia adalah sunnah nabi dan sesiapa yang mengamalkan sunnahnya akan mendapat keberkatan ..

Untuk temujanji rawatan hubungi Pn.Aini 019-2608092

SUNNAH YANG MENGANJURKAN BERBEKAM..

1.Dari Ibnu ‘Abbas r.a:
“Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara yakni minum madu,sayatan alat bekam dan ‘kay’dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’

2. Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a:
“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kamu,maka itu terdapat pada sayatan alat bekam,minuman madu atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit.Tetapi aku tidak suka berubat dengan ‘kay’

3.Dalam riwayat tirmizi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi:
“Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan ,kecuali mereka berkata,’Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!”

4.Dari Ibnu ‘Abbas r.a:
“Tidaklah aku berlalu dihadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku ,”Muhammad ,hendaklah kamu berbekam!”

5.Tirmizi meriwayatkan dalam sunan-nya dari Ibnu Mas’ud yang berkata:
“Rasulullah SAW suatu ketika dulu ketika bercerita tentang malam ketika baginda diisra’kan ,bahawa baginda tidak berlalu  pada satu kumpulan Malaikat pun kecuali mereka menyuruh baginda dengan mengatakan,”Perintahkanlah umat kamu agar berbekam!”

CARA ATASI SENGGUGUT..

Bagi wanita-wanita diluarsana yang menghadapi masalah sakit perut ketika datang haid,amalan berbekam adalah perubatan yang baik kerana dengan berbekam ia akan membantu melancarkan proses darah keluar.Waktu yang sesuai adalah berbekam 2 minggu sebelum anda datang haid.Selain daripada itu juga anda digalakkan untuk minum madu dan makan habbatus sauda 2 minggu sebelum datang haid.Insyallah masalah kesakitan yang anda alami akan berkurangan…

PAKEJ BEKAM + TERAPI AURA SERI..RM60.00

PAKEJ BEKAM MUKA+TERAPI AURA SERI(RM60.00)

Pakej ini menawarkan rawatan bekam yang dilakukan diwajah anda.Ia sesuai dilakukan bagi mereka yang memiliki wajah yang kusam dan tidak bermaya.Bekam dilakukan bagi membuang darah kotor yang berkumpul di wajah anda dan terapi aura berperanan menambah keyakinan dan menyerikan lagi wajah anda.Insyallah keyakinan diri anda akan bertambah dan wajah semakin berseri-seri

CARA ATASI KETEGANGAN AKIBAT DARAH TINGGI..

Darah tinggi merupakan antara penyakit yang paling popular di kalangan golongan dewasa dan veteran. Antara penyebab tekanan darah tinggi adalah penyakit jantung dan diabetes. Malah, kandungan garam yang tinggi dalam darah juga boleh memburukkan keadaan.

Dari itu, takkan kita nak biarkan tekanan darah tinggi ni terus bermaharajalela di kalangan penghidapnya? Ayuh, kita kuatkan semangat untuk melawannya dengan melakukan rawatan.

Berbekamlah terutamanya di bahagian kepala .Insyallah darah tinggi anda dapat dikawal dan ketegangan dibahagian tengkuk dapat diatasi.