7 JULAI 2012 TARIKH SUNNAH..MARI BERBEKAM MENCARI RAHMAT

Esok iaitu sabtu 7/7/2012 bersamaan 17hb syaaban 1433H adalah merupakan tarikh sunnah.Pada tarikh ini umat islam adalah sangat digalakkan untuk berbekam .Berbekam pada tarikh ini akan membolehkan anda mendapat kesembuhan yang maksimum dan mendapat berkat..Insyallah

Rawatan bekam darah hanya Rm5/cup

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.”

SOLAT DAN BEKAM ADALAH RAWATAN BAIK UNTUK SAKIT PINGGANG…

Solat sebagai terapi sakit pinggang Jika sebelum ini kita merujuk kepada terapi yang dirumus oleh orang barat, Islam telah menyediakan rumusan paling mujarab 1400 tahun sebelum dulu lagi. Solat yang kita lakukan sehari 5 kali sudah lebih cukup untuk menjadi terapi kepada penyakit yang sangat terkenal ini. Adakah anda masih tidak percaya? sekumpulan penyelidik UM telah melakukan kajian terhadap pesakit yang mengalami sakit pinggang. Alat berteknologi tinggi digunakan bagi menguji kesan solat terhadap tekanan dan regangan yang dialami oleh pesakit sebelum dan selepas terapi solat.
Daripada hasil kajian tersebut, di dapati terapi solat dengan melakukan gerakan-gerakan solat yang sempurna berupaya mengurangkan tekanan pada pinggang pesakit dan seterusnya menguatkan dan membetulkan kedudukan tulang belakang serta otot seseorang. Gerakan solat yang paling memberi kesan adalah semasa berdiri tegak, rukuk dan sujud. jika diamati dengan teliti, ketiga-tiga gerakan ini boleh ditemui dalam senaman yang dirumuskan oleh barat (seperti di atas)…
Dengan rawatan bekam juga ia mampu membantu anda mengatasi masalah sakit pinggang ini.Insyallah pinggang anda pulih .
Untuk rawatan sila buat temujanji kepada PN.Aini 019-2608092

MERAWAT SESAK NAFAS..

Penyebab sesak nafas salah satunya adalah suhu dingin, cara mengatasinya adalah dengan tidur setengah duduk. Sesak nafas adalah penyumbatan atau penghepitan saluran nafas atau bronkhus.
Oksigen adalah sumber energi utama, maka mutlak diperlukan dalam jumlah yang banyak  agar setiap sel dapat melakukan metabolisme. Beberapa penyebab sulit bernafas di antaranya, pertama adalah faktor keturunan. Ditambah kelelahan bekerja dan gelisah, maka bahagian-bagian tubuh akan memulai fungsi tidak normal.
Kadang-kadang alergi dan asma timbul sebagai reaksi dari sistem pertahanan tubuh yang bekerja terlalu keras.
Kedua, adalah produksi lendir yang berlebihan akan menyumbat saluran udara. Makanan yang menyebabkan produksi lendir berlebih adalah produk dari susu, tepung, nasi putih.
Seterusnya faktor juga dapat menimbulkan sesak nafas adalah ketidakstabilan emosi. Orang-orang yang gelisah, depresi, ketakutan, rendah diri cendertung untuk sering menahan nafas.
Bagi mengatasi masalah asma ini anda digalakkan berbekam 2 minggu sekali dan mengamalkan makan habbatus sauda 3 biji sehari.
Untuk temujanji rawatan sila hubungi Pn Aini 019-2608092

MERAWAT MIGRAIN KRONIK DENGAN BERBEKAM..

Adakah anda kerap kali diserang penyakit migrain?.. Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain. Dengan rawatan bekam yang konsisten,insyallah ia akan membantu mengatasi masalah migrain kronik ini.Darah yang mengalir kepada bahagian kepala anda akan berjalan dengan lebih lancar …

Untuk rawatan sila hubungi Pn.Aini 019-2608092

MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGI…

Bagaimana tekanan darah boleh meninggi?
Tekanan darah boleh menjadi tinggi atas berapa faktor.
Antaranya :
  • Merokok
  • Obesiti
  • Terlalu banyak garam dalam diet pemakanan
  • Kurang bersenam
  • Stress
  • Alkoholik
  • Berumur (salur darah kurang fleksibel dalam membawa tekanan darah)
  • Genetik
  • Keluarga terdekat mempunyai sejarah tekanan darah tinggi
  • Buah pinggang berpenyakit
  • Masalah adrenal atau thyroid
Komplikasi
Terdapat banyak permasalahan sekiranya tekanan darah kita melebihi tahap sepatutnya lebih-lebih lagi sekiranya penghidap menghidapinya dalam masa yang panjang (kronik).
  • Saluran darah arteri menjadi rosak dan akan menyebabkan atherosclerosis. Perkara ini akan menyebabkan salur darah akan tersekat disebabkan tindak balas bahan yang ada dalam darah dengan salur darah yang rosak.
  • Aneurisme (aneurysm) iaitu salur darah akan membesar dan sekiranya salur darah tidak mampu untuk menahan tekanan kemungkinan akan menyebabkan salur darah pecah .
  • Penyakit jantung. Seperti yang kita tahu jantung adalah organ paling penting dalam mengepam darah ke seluruh badan. Sekiranya tekanan darah tinggi, banyak tenaga yang diperlukan oleh jantung untuk bekerja. Komplikasi yang biasa kita lihat adalah cardiomyopathy iaitu sel-sel jantung menajdi besar kerana ingin menampung tekanan darah. Sekiranya berlanjutan, jantung akan agar berfungsi (heart failure)
  • Strok.
  • Masalah buah pinggang,
  • Sindrom metabolik badan, dipercayai bahawa salah satu punca permasalahan ini berlaku adalah disebabkan tekanan darah tinggi yang berlaku. Penyakit ini adalah satu kumpulan tanda iaitu :
Kadar kolestrol dalam darah yang tinggi, kurang HDL, insulin dalam darah tinggi dan diameter pinggang melebihi kadar yang sepatutnya. Tanda-tanda ini akan menyebabkan strok, kencing manis dan sakit jantung.
Rawatan dan pencegahan

Dalam pepatah arab ada menyebut, memelihara itu lebih baik daripada mengubati ataupun seperti yg kira ketahui mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya. Merawat tekanan darah tinggi ini, kita seharusnya mengawal pemakanan dan mengambil diet yang seimbang.Disamping itu juga,berbekam dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.Pesakit darah tinggi digalakkan berbekam 2 minggu sekali.Insyallah tekanan darah tinggi anda akan berkurangan.

Untuk rawatan sila buat temujanji kepada Pn Aini 019-2608092