KEKERAPAN BERBEKAM..

Kepada mereka  ingin berbekam anda jangan risau kerana bekam tidak akan ketagih tetapi bekam adalah satu rawatan alternatif yang sangat berkesan dan diamalkan sejak dari zaman nabi Muhammad SAW lagi.

Kekerapan berbekam yang disyorkan bagi anda yang tidak mempunyai sebarang penyakit ialah sebulan sekali dan bagi mereka yang mengalami masalah penyakit disyorkan seminggu sekali.

Bagi mereka yang ingin berbekam , sila buat temujanji lebih awal bagi mengelakkan anda menunggu lama .Temujanji perlu dibuat beberapa jam sebelum bekam atau sehari sebelum rawatan.

PUNCA SAKIT JANTUNG DAN CARA RAWATANNYA..

 

Serangan sakit jantung terjadi apabila satu atau lebih daripada arteri koronari yang membekalkan darah yang kaya oksigen kepada jantung anda tersumbat. Melalui satu tempoh masa tertentu, arteri koronari boleh menjadi semakin sempit ekoran daripada pengumpulan kolesterol. Pembentukan kolesterol ini yang dikenali sebagai plak dalam arteri di seluruh tubuh disebut aterosklerosis.

Serangan sakit jantung berlaku apabila salah satu plak pecah dan satu ketul plak akan dilepaskan ke dalam aliran darah. Jika plak tersebut cukup besar, ia boleh menyekat aliran darah melalui arteri.

Apabila arteri koronari anda telah menjadi semakin sempit ekoran daripada aterosklerosis, keadaan ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Penyakit arteri koronari adalah punca utama serangan sakit jantung.

Terdapat satu punca serangan sakit jantung yang jarang berlaku adalah kekejangan arteri koronari yang menutup aliran darah ke sebahagian daripada otot jantung. Dadah perangsang seperti kokain boleh menyebabkan kekejangan arteri yang mengancam nyawa.

Serangan sakit jantung adalah satu proses yang biasanya terbentuk dalam masa beberapa jam. Dengan setiap minit yang berlalu, rangkaian jantung menjadi semakin kekurangan darah dan terencat atau mati. Jadi, jika aliran darah dapat dipulihkan dalam tempoh yang cukup, kerosakan atau kematian jantung dapat dielakkan.

Berbekamlah bagi membolehkan oksigen sampai kejantung anda dengan baik .Seterusnya mengelakkan darah kotor yang bertoksid berkumpul dipembuluh jantung dan menyebabkan jantung anda tersumbat.

KADAR CAS RAWATAN BEKAM..

Berikut adalah kadar cas rawatan terbaru kami:

1)RM5/cup ( min 10 cup)

2)RM10/cup (kurang daripada 5 cup)

3)RM4/cup ( warga emas 60 tahun keatas /min 10 cup)

4)RM20 ( Bekam kepala sahaja/3 xsedutan)

5)RM50 (Rawatan aura seri)

 

Percuma rawatan  ruqyah mengesan gangguan makhluk halus bagi mereka yang berbekam.

 

RAWATAN TERBAIK BAGI MERAWAT MIGRAIN

Anda penghidap migraine? Oh, tidak! Mungkin ini yang dikatakan oleh ramai orang yang menghidap migraine. Betul?

Migraine sememangnya sudah sebati di kalangan masyarakat di negara kita. Pengidap penyakit ini sering kali merasakan fobia dan bimbang sekiranya serangan migraine akan berlaku kepada mereka.

Ikuti 5 langkah mudah bagi menangani serangan migraine yang anda hadapi

1. Pergi ke tempat yang gelap dan selesa.

Perkara yang biasa dan amat mudah dilakukan ialah cuba jauhkan diri anda daripada suasana dan persekitaran yang terang dan bercahaya.

Serangan migraine biasanya dikaitkan dengan berlebihan rangsangan yang masuk ke dalam sistem tubuh.  Justeru, sebaiknya elakkan daripada mendapat rangsangan luar seperti cahaya, haba, suara dan sebagainya.

 

2. Letakkan tuala basah atau sejuk.

Petua ini memang ramai yang sudah lakukan. Dan ternyata ianya amat berkesan dalam menangani masalah migraine.

Cuba letakkan tuala yang direndam di dalam air sejuk di atas dahi, bahagian mata atau di bahagian atas tengkuk.

3. Rehatkan mental.

Migraine sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan daripada anda dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.

Fokus kepada hidup anda yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang membebani.

4. Dapatkan tidur yang sempurna.

Apabila anda cukup tidur, minda anda akan benar-benar rehat dan bebas daripada rangsangan dan gangguan daripada luar yang boleh meningkatkan migraine anda.

 

5.Berbekam

Berbekamlah kerana bekam merupakan rawatan dan kaedah terbaik menangani masalah migrain.Otak anda kekurangan oksigen ,dengan berbekam darah kotor akan disingkirkan dan seterusnya membolehkan oksigen sampai ke otak dengan cukup.

MERAWAT MASALAH MATA..

Mata merah atau kemerahan merupakan antara masalah yang sering kali berlaku sehingga menjejaskan keselesaan mata dan ketajaman penglihatan.Selalunya kita akan mula risau apabila mata mula mengalami masalah sama ada kerap berair,kabur atau sakit.

Sebenarnya gejala-gejala sedemikian dapat memberi amaran terdapat masalah atau sesuatu yang tidak kena pada mata, dan kita harus mengambil tindakan sewajarnya.

Penyebab yang paling biasa berlaku ialah penyakit alahan, di mana pesakit mengalami gejala seperti berasa gatal pada mata (mata gatal) dan mata sering berair.Ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit kerana air mata kerap keluar.

Berbekam dipelipis dan tepi mata mampu untuk mengatasi masalah mata berair ini.Insyallah dengan kekerapan bekam yang konsisten sebulan sekali masalah ini boleh diatasi.