BEKAM KERANA SAKIT BAHU..

 

Saya pasti ramai diluarsana yang menghadapi masalah sakit belakang terutamanya dibahagian belikat,bahu dan pinggang.Ini terjadi mungkin disebabkan stress ditempat kerja dan mengangkat barang berat,terjatuh dan sebagainya.Tahukah anda dengan berbekam ia mampu melonggarkan segala urat saraf anda yang bersimpul dan memberikan pengaliran darah dengan lancar?.Saya mengesyorkan kepada mereka yang menghadapi masalah ini anda boleh mencuba dengan berbekam.Insyallah belakang anda tidak akan sakit lagi.Selamat berbekam dan rawatan ini hanya RM50.00

MENGATASI MASALAH SAWAN

Sawan terjadi disebabkan oleh :

·       Strok – punca yang paling biasa. Salur darah menjadi sempit apabila usia meningkat, mengakibatkan penghalangan aliran darah dan oksigen ke sebahagian otak. Pendarahan dalam otak juga boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan seterusnya mengakibatkan sawan.
·        Sistem saraf – sistem saraf berubah apabila usia meningkat, ini menyebabkan orang tua lebih peka kepada perubahan aktiviti elektrik dalam otak yang membawa kepada sawan.
·        Serangan jantung – pengangkutan oksigen ke otak tergendala yang mengakibatkan kerosakan dan seterusnya berlakunya sawan.
·        Penyakit – penyakit Alzheimer’s dan penyakit otak yang lain mengubah struktur otak dan meningkatkan kecenderungan berlakunya sawan.
·        Tumor otak – sebarang jenis tumor otak mungkin mengakibatkan sawan. Kadang-kala penyingkiran tumor dapat menghentikan sawan.
·        Pembedahan – parut dari pembedahan mungkin menjadi punca berlakunya sawan pada masa depan.
Dengan berbekam akan melancarkan lagi peredaran darah didalam salur darah dan seterusnya akan menyembuhkan masalah sawan anda.Cubalah berbekam insyallah anda tidak akan diserang sawan lagi.

 

BEKAM OVERHAUL SEHINGGA 69 CUP…

 

Pasti anda terkejut bukan dengan kenyataan diatas tapi itulah hakikatnya.Semalam saya membekam seorang pesakit sehingga 69 cup melibatkan bahagian depan ,belakang badan ,bahagian tepi peha,lutut,kaki dan perut.Janganlah anda terkejut ,sebenarnya pesakit saya ini sudah biasa berbekam banyak-banyak cup .Beliau menghadapi masalah lutut dan telah menjalani pembedahan kira-kira 4 bulan lepas.Ini adalah bekam kali keempat yang dilakukannya.Sebelum pembedahan beliau pernah buat bekam 55 cup,68 cup,62 cup dan terbaru 69 cup.Alhamdulillah beliau tidak ada rasa pening atau lesu akibat darah yang keluar adalah banyak tetapi beliau merasa satu kepuasan apabila badan beliau ringan selepas berbekam.Bengkak di kaki beliau juga surut dengan cepat lepas berbekam.Rawatan melibatkan jumlah cup yang banyak ini adalah berdasarkan permintaan daripada beliau sendiri yang inginkan bekam overhaul kecuali kepala.Doktor yang merawat beliau juga menyarankan beliau menjalani bekam kerana bekam boleh membuang darah kotor dan melancarkan darah.

Bekam overhaul yang biasa dilakukan oleh pesakit lain biasanya sekitar 22 cup hingga 40 cup sahaja.Hanya mereka yang mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi boleh melakukan bekam yang banyak seperti pesakit saya ini.

INGINKAN RAWATAN SILA HUBUNGI PN AINI 019-2608092/019-2957929

JANGAN KELIRU …PASTIKAN ANDA MASUK KE KEDAI YANG BETUL..PUSAT BEKAM AINI

Kepada pelanggan baru Pusat Bekam Aini ,diharap anda tidak keliru untuk datang kekedai saya.Ini adalah kerana terdapat kedai lain yang juga mengusahakan perkhidmatan bekam berhampiran tempat saya.

 

Kedai saya adalah DIATAS KEDAI DOBI CINTA ALAM @ ANDA BOLEH LIHAT DIATAS PINTU MASUK TANGGA ADA DITULIS NO KEDAI SAYA:

3A-2-2A JALAN MEDAN PB2A,

SEKSYEN 9,BANDAR BARU BANGI

43650 BANGI SELANGOR

 

Cas rawatan yang ditawarkan  ditempat saya adalah BERBEZA dengan kedai yang lain.

 

Anda boleh telefon kepada saya Pn Aini 019-2608092 untuk mengelakkan kekeliruan.

MUNTAH BERCAMPUR DARAH LEPAS RAWATAN AURA SERI..

 

Kisah ini berlaku keatas pesakit saya yang mengalami masalah gangguan sihir.Beliau merasa tidak sedap badan dimana terasa pinggang sakit,bahu berat,kepala pening dan loya.Keadaan ini menyukarkan beliau untuk melakukan kerja seharian dan bekerja.Saya melakukan bekam sihir dan mendapati tapak bekam ada kesan kehitaman dan darah bertali.Selepas rawatan bekam saya ruqyah pesakit dengan rawatan aura seri dan selepas sahaja ruqyah beliau muntah yang bercampur dengan darah.Saya menasihatkan pesakit mandi air doa selama 3 hari berturut dan membuat rawatan susulan.

 

untuk temujanji rawatan hubungi Pn Aini 019-2608092
 

HAMPIR SETIAP HARI PESAKIT GOUT BERBEKAM..

 

Alhamdulillah kini semakin ramai dikalangan pesakit gout yang datang berbekam di pusat kami.Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah gout ini merasa sangat lega lepas berbekam dan menyampaikan tentang keberkesanan rawatan ini kepada rakan-rakan.Ada juga dikalangan pesakit gout yang sudah pulih selepas mendapatkan rawatan bekam yang konsisten.Boleh dikatakan hampir setiap hari kedai saya dikunjungi oleh penghidap gout.Baru-baru ini juga saya membekam Pengarah Mardi dimana beliau berhabis ratusan ringgit sebulan untuk mengubati gout dan sakit pinggang tetapi tidak memberi kesan.Setelah kali pertama berbekam ,beliau terasa perubahan pada dirinya iaitu tangan yang sebelum ini kebas sudah kurang kebas dan pinggang kurang berasa sakit.Beliau juga sudah melakukan bekam kali kedua selang beberapa hari kemudian dan telah booking apponment untuk rawatan ketiga sebab katanya hendak cepat baik.

Jadi kepada anda diluarsana yang mengalami gout cepatlah berbekam kerana ternyata rawatan bekam sangat berkesan kepada anda penderita gout..

Sila buat temujanji awal kepada Pn Aini 019-2608092

BEKAM BANGKIT SERI

 

Terapi alternatif singkir kotoran bantu segarkan tubuh, wajah

KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.

Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

“Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama,” katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

“Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

“Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit,” katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

“Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan.

“Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan,” katanya.

Katanya, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.

Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

“Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar,” katanya.

Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.

Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.

“Lazimnya bekal dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.

“Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.

“Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan,” jelasnya.

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.

“Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita,” jelasnya.

INFO

Bekam

* Waktu berbekam – Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.

* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

 

Daripada artikel berita harian 16 april 2012