HUKUM BERBEKAM KETIKA PUASA

Al-hafizh dalam Al -Fath mengatakan”Jumhur ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam”.Al-hafizh juga menyebutkan bahawa Ummul Mukminin,Ummu Salamah juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa.

 Dalam Shahihu Al-Bukhari juga disebutkan riwayat dari Sa’d bin Abi  Waqqash dan Zaid bin Arqam bahawa mereka pernah berbekam sedangkan mereka berpuasa.

 Selanjutnya Anas,maula Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Thabit Al-Bannani: “Apakah kamu memakruhkan bekam ketika berpuasa?”  Dalam riwayat lain,”…pada masa Rasulullah?”Maka Anas menjawab :”Tidak.Kecuali kerana menyebabkan badan lemah”.

 Keterangan dari Anas r.a ini sangat jelas menunjukkan bahawa berbekam dimakruhkan bagi orang yang berpuasa apabila perkara itu menyebabkan kelemahan fizikalnya.Adapun bula perkara itu menyebabkannya tidak kuat berpuasa,sehingga dia berbuka maka diharamkan.Adapun jika orang yang berpuasa tidak membatalkan puasanya kerana berbekam dan tidak membuatnya lemah untuk menyempurnakan puasanya,maka tidak mengapa.

KEMBUNG PERUT DAN GASTRIK

 

Image result for GASTRIK DAN KEMBUNG

Bulan ramadhan ini pasti ada dikalangan kita  yang sering mengalami kembung perut atau gastrik.Jika ini berlaku anda,dinasihatkan untuk berbekam dikawasan sekitar perut.Dengan bekam ia mampu untuk membuang angin dalam perut anda.Rawatan yang disyorkan ialah 2 minggu sekali.Anda juga digalakkan mengelakkan makanan yang sejuk dan mendatangkan angin seperti rebung,kangkung,teh o dan sebagainya.

Hubungi Pn Aini 019-2608092 untuk temujanji

SALAM RAMADHAN

 

Image result for salam ramadhan

Assalamualaikum wbt..Salam ramadhan diucapkan kepada semua pembaca blog dan pelanggan kami.Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan al mubarak ini.Maklumlah sepanjang cuti sekolah baru-baru ini saya terlalu sibuk merawat disebabkan jadual yang penuh sampai blog pun tak sempat nak update.Semoga dibulan mulia ini akan bertambah amalan kita dan diberkati ALLAH swt serta diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat.