BEKAM UNTUK KELETIHAN DAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA…

STRESS atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran.

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, otak kita memberi respon secara otomatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan di turunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline di keluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras adrenaline yang tinggi itu.

Sekiranya kita beriman dan berakal kita akan menghadapi masalah itu dengan cara positif:
–          Menarik nafas panjang
–          Mengucap
–          Menyempurnakan solat dan cepat bertenang
–          Menyempurnakan exercise “relaxation dan visualisation” .
–          Melakukan rawatan bekam

Rawatan bekam boleh mengatasi masalah stress yang anda alami kerana dengan bekam ia akan melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan rasa stress anda.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *