PUNCA SAKIT JANTUNG DAN CARA RAWATANNYA..

 

Serangan sakit jantung terjadi apabila satu atau lebih daripada arteri koronari yang membekalkan darah yang kaya oksigen kepada jantung anda tersumbat. Melalui satu tempoh masa tertentu, arteri koronari boleh menjadi semakin sempit ekoran daripada pengumpulan kolesterol. Pembentukan kolesterol ini yang dikenali sebagai plak dalam arteri di seluruh tubuh disebut aterosklerosis.

Serangan sakit jantung berlaku apabila salah satu plak pecah dan satu ketul plak akan dilepaskan ke dalam aliran darah. Jika plak tersebut cukup besar, ia boleh menyekat aliran darah melalui arteri.

Apabila arteri koronari anda telah menjadi semakin sempit ekoran daripada aterosklerosis, keadaan ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Penyakit arteri koronari adalah punca utama serangan sakit jantung.

Terdapat satu punca serangan sakit jantung yang jarang berlaku adalah kekejangan arteri koronari yang menutup aliran darah ke sebahagian daripada otot jantung. Dadah perangsang seperti kokain boleh menyebabkan kekejangan arteri yang mengancam nyawa.

Serangan sakit jantung adalah satu proses yang biasanya terbentuk dalam masa beberapa jam. Dengan setiap minit yang berlalu, rangkaian jantung menjadi semakin kekurangan darah dan terencat atau mati. Jadi, jika aliran darah dapat dipulihkan dalam tempoh yang cukup, kerosakan atau kematian jantung dapat dielakkan.

Berbekamlah bagi membolehkan oksigen sampai kejantung anda dengan baik .Seterusnya mengelakkan darah kotor yang bertoksid berkumpul dipembuluh jantung dan menyebabkan jantung anda tersumbat.

2 thoughts on “PUNCA SAKIT JANTUNG DAN CARA RAWATANNYA..”

  1. Sangat setuju. Cegah lebih baik daripada mengubatinya. Kolestrol yang tinggi dan menyebabkan plak melekat pada dinding arteri bileh menyempitkab salu darah. Lemah jahat ni kita boleh bakar dengan kaedah bersenam dan dan pemakanan yang sihat. Jom kita elak punca sakit jantung di usia muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.