ALHAMDULILLAH …DAPAT KERJA SELEPAS JALANI RAWATAN TERAPI AURA SERI


Alhamdulillah dengan berkat dan izin ALLAH S.W.T .pesakit saya yang menjalani rawatan terapi aura seri telah mendapat pekerjaan.Dulu pesakit ini bekerja disebuah syarikat terkemuka dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja atas sebab-sebab yang tertentu.Selama beberapa bulan menganggur pesakit berusaha mencari pekerjaan lain tetapi masih belum berhasil.Sebelum rawatan aura seri dibuat pesakit pernah berbekam dengan saya dan pada masa itu saya dapati kesan lebam dipinggang pesakit seperti ada unsur gangguan.Beliau juga mengadu sakit belakang badan yang dah lama.Seminggu selepas itu pesakit datang lagi tetapi kali ini untuk membuat rawatan terapi aura seri.Dua hari sebelum datang membuat rawatan terapi aura seri pesakit memberitahu bahawa dia ada bermimpi tentang bos ditempat kerja lama dalam keadaan marah.Bila pesakit menceritakan perihal mimpinya saya tidak mahu membuat tafsiran kerana kita hanya sebagai manusia biasa dan saya meneruskan rawatan aura.Setelah lebih kurang 2 minggu pesakit sms saya dan memberitahu yang beliau telah mendapat kerja..Syukur dan tahniah kepadanya dan semua kesembuhan itu datangnya dari ALLAH…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *