ANGIN DALAM BADAN…

Angin di dalam badan berpunca daripada gas di dalam sistem penghadaman atau sistem gastro usus (gastroenterologi). Sistem tersebut mengandungi gas yang tidak berbau iaitu 99% gas buangan dari usus manakala gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.

” Ia dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar. Angin disebabkan gas atau angin dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria dalam usus besar.

Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dihadamkan dengan baik, ” katanya.

Secara umumnya,penyakit atau masalah angin adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang. Walaupun tiada statistik sebenar, anggaran 30 hingga 40 peratus masyarakat mengalami masalah angin iaitu minimum sekali dalam hidup mereka. Realitinya, masalah angin tidak menyebabkan kemudaratan yang teruk. Ia hanya perasaan tidak selesa dan kurang menyenangkan serta mengganggu kerja harian.

Rawatlah masalah angin ini dengan berbekam.Insyallah mujarab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.