ANGIN

Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi, angin di dalam badan berpunca daripada gas di dalam sistem penghadaman atau sistem gastro usus. Sistem tersebut mengandungi gas yang tidak berbau iaitu 99 peratus gas buangan dari usus manakala gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.
Ia dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar. Angin disebabkan oleh gas atau angin di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria di dalam usus besar. Angin dari Bakteria ini terjadi adalah akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik.

Secara umumnya, penyakit atau masalah angin dalam badan adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang.
Walaupun tiada statistik sebenar, anggaran 30 hingga 40 peratus masyarakat mengalami masalah angin dalam badan iaitu minimum sekali dalam hidup mereka.

Realitinya, masalah angin dalam badan tidak menyebabkan kemudaratan teruk. Ia hanya perasaan tidak selesa dan kurang menyenangkan serta mengganggu kerja harian.

Seperti kebanyakan penyakit lain, angin di dalam badan sering dikaitkan dengan pemakanan, Justeru ia boleh diatasi dengan melebihkan makanan berzat serat (fiber), sayur-sayuran, buah-buahan dan senaman harian.
Selain itu, berurut, sauna, bersenam dan gaya hidup sihat dapat membantu mengatasi masalah stres.
Walaupun tiada bukti saintifik tetapi Terdapat kepercayaan amalan mandi waktu malam juga menjadi punca masalah tersebut.

Cubalah berbekam bagi menyingkirkan masalah angin dalam badan anda .Insyallah rawatan ini sangat membantu

hubungi PN AINI 0192608092 untuk temujanji rawatan

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *