All posts by Noraini(0192957929)

GATAL-GATAL DI TANGAN PULIH SELEPAS BERBEKAM


Ada seorang pesakit saya yang mengalami gatal-gatal ditangan bertahun lamanya sembuh setelah beliau melakukan rawatan bekam dan juga terapi aura seri.Gatal-gatal tersebut tidak diketahui puncanya dan berbagai-bagai krim dan ubat yang digunakan untuk mengatasinya tetapi tidak menunjukkan hasil.Setelah berbekam pesakit sangat gembira kerana tangan beliau tidak gatal-gatal lagi.Alhamdulillah dengan berkat izin Allah bekam mampu menyembuhkan penyakitnya selama ini.Kini ,beliau masih meneruskan rawatan bekam kerana padanya bekam baik untuk kesihatan …

LARANGAN BERBEKAM KETIKA PERUT KENYANG

Apabila kita berbekam dengan perut yang kenyang,pada masa ini semua organ didalam perut kita sedang dalam proses penghadaman , jadi apabila proses bekam dijalankan,semua toksid/darah kotor yang keluar dari berbekam hanya mewakili toksid/darah kotor pada bahagian perut/organ sistem panghadaman sahaja dan ia sama sekali tidak mewakili darah kotor/toksid keseluruhan badan.Selain daripada itu dikhuatiri juga ada salur darah yang akan tersumbat jika anda berbekam dalam keadaan perut kenyang.Berbekam dengan perut kosong juga mudah mendapat kesembuhan,mendapat berkat dan menguatkan hafalan

BERBEKAM DIWAKTU DATANG HAID


Ada yang keliru adakah semasa dalam haid dilarang sama sekali berbekam?..Jawapannya adalah DIBOLEHKAN berbekam dengan syarat keadaan pesakit adalah sihat dan tidak lemah.Bekam boleh dilakukan dibahagian-bahagian tertentu sahaja yang memerlukan seperti bahu dan belikat ,tengkuk dan pinggang.

PESAKIT JANTUNG LEGA SELEPAS BERBEKAM


Baru -baru ini saya telah didatangi oleh sepasang suami isteri dimana sebelum itu si isteri menelefon dan memberitahu suaminya sesak nafas ,jantungnya sakit dan urat bengkak di bahagian belikat.Si isteri memberitahu mereka tiada buat temujanji untuk rawatan dan memerlukan rawatan bekam dengan segera dan mereka kata saya dah sampai didepan kedai.Saya pun tidak melengahkan masa kerana melihat keadaan suaminya yang sedang menahan kesakitan dan agak sukar bernafas.Saya bekam pesakit dibahagian belikat,tengkuk dan dada.Alhamdulillah selepas bekam pesakit merasa lega dan dapat bernafas dengan baik.Insyallah dengan izin ALLAH dengan berbekam terdapat kesembuhan.Saya menasihati pesakit agar datang lagi untuk berbekam dan membuat rawatan susulan kerana darah pesakit agak banyak dan berketul dan mengandungi toksid..

MENGATASI MASALAH BANYAK ANGIN DENGAN BERBEKAM


Angin dalam badan – Sendawa tanda banyak angin dalam Badan
Badan Rasa Letih, Sering saki Kepala, hilang selera makan dan demam….
Adakah Ini cuma masalah biasa akibat dari kepenatan atau… Ianya Masalah Angin dalam Badan…
Sebenarnya semua orang mempunyai angin di dalam badan dan masalah angin dalam badan ini selalunya berkait rapat dengan pemakanan. Masalah tersebut boleh dirawat menerusi pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi.
Ada beberapa punca lain yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya terhad kepada pemakanan seperti kekacang.
Ramai pula yang mengaitkan masalah itu menjadi punca demam, stres dan hilang tumpuan kerja.
Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi, angin di dalam badan berpunca daripada gas di dalam sistem penghadaman atau sistem gastro usus. Sistem tersebut mengandungi gas yang tidak berbau iaitu 99 peratus gas buangan dari usus manakala gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.
Ia dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar. Angin disebabkan oleh gas atau angin di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria di dalam usus besar. Angin dari Bakteria ini terjadi adalah akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik.
Secara umumnya, penyakit atau masalah angin dalam badan adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang.
Walaupun tiada statistik sebenar, anggaran 30 hingga 40 peratus masyarakat mengalami masalah angin dalam badan iaitu minimum sekali dalam hidup mereka.
Realitinya, masalah angin dalam badan tidak menyebabkan kemudaratan teruk. Ia hanya perasaan tidak selesa dan kurang menyenangkan serta mengganggu kerja harian.
Seperti kebanyakan penyakit lain, angin di dalam badan sering dikaitkan dengan pemakanan, Justeru ia boleh diatasi dengan melebihkan makanan berzat serat (fiber), sayur-sayuran, buah-buahan dan senaman harian.
Selain itu, berurut, sauna, bersenam dan gaya hidup sihat dapat membantu mengatasi masalah stres.
Walaupun tiada bukti saintifik tetapi Terdapat kepercayaan amalan mandi waktu malam juga menjadi punca masalah tersebut.
Seseorang boleh mengesan dia mengalami masalah angin di dalam badan jika sentiasa sendawa dan mengalami kembung perut, Keadaan itu menyebabkan rasa kurang selesa, sakit dan seterusnya mengurangkan selera makan juga sakit kepala.

Dengan BERBEKAM ia mampu mengatasi masalah angin dalam Badan kerana angin akan keluar bersama darah kotor anda…Insyallah

BEKAM MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH SEMBELIT

SEMBELIT bukan sekadar satu masalah kesihatan sebaliknya ‘gangguan’ yang boleh menjejaskan mood serta rutin harian. Bayangkan, desakan ke tandas, terbantut apabila ‘hajat’ anda gagal dilepaskan kerana kesukaran membuang air besar.

Hakikatnya, sembelit memberi maksud berbeza. Kebiasaannya, masyarakat memahaminya sebagai aktiviti pengosongan usus yang jarang berlaku manakala sesetengah lain pula berdepan masalah seperti najis yang keras dan kecil, sukar buang air besar atau rasa tidak puas selepas buang air besar.

Apakah punca masalah ini? Setiap jenis sembelit yang disebutkan tadi mungkin berbeza dan pendekatan bagi tujuan rawatan juga perlu sesuai dengan jenis sembelit yang tertentu. Apapun ia banyak dipengaruhi dengan amalan gaya hidup seseorang individu itu.

Malah, kekerapan individu membuang air besar dalam sehari juga berbeza. Mungkin dua hingga tiga kali sehari atau sekali dalam tiga hari. Namun, individu itu dikatakan mengalami sembelit jika membuang air besar hanya dua kali seminggu atau kurang. Ia turut dikaitkan perbuatan meneran ketika membuang air besar. Sembelit juga bukan hanya dialami si kecil, tetapi turut dianggap biasa bagi wanita serta warga emas melebihi 65 tahun.

Apabila kita sering mengalami sembelit, ada beberapa cara untuk mengatasinya. Apa yang penting adalah berusaha supaya najis dapat keluar dengan lancar. Untuk keluar dengan lancar, najis harus lembik dan tidak keras.

Selain makan buah-buahan dan sayuran yang banyak serat dan minum air 8 gelas sehari BEKAM mampu mengatasi masalah sembelit.Cubalah ..Insyallah masalah sembelit anda dapat diatasi dan proses pembuangan najis akan menjadi lebih lancar

BEKAM MERAWAT SAWAN


Sawan terjadi disebabkan oleh :

· Strok – punca yang paling biasa. Salur darah menjadi sempit apabila usia meningkat, mengakibatkan penghalangan aliran darah dan oksigen ke sebahagian otak. Pendarahan dalam otak juga boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan seterusnya mengakibatkan sawan.
· Sistem saraf – sistem saraf berubah apabila usia meningkat, ini menyebabkan orang tua lebih peka kepada perubahan aktiviti elektrik dalam otak yang membawa kepada sawan.
· Serangan jantung – pengangkutan oksigen ke otak tergendala yang mengakibatkan kerosakan dan seterusnya berlakunya sawan.
· Penyakit – penyakit Alzheimer’s dan penyakit otak yang lain mengubah struktur otak dan meningkatkan kecenderungan berlakunya sawan.
· Tumor otak – sebarang jenis tumor otak mungkin mengakibatkan sawan. Kadang-kala penyingkiran tumor dapat menghentikan sawan.
· Pembedahan – parut dari pembedahan mungkin menjadi punca berlakunya sawan pada masa depan.

Dengan berbekam akan melancarkan lagi peredaran darah didalam salur darah dan seterusnya akan menyembuhkan masalah sawan anda.Cubalah berbekam insyallah anda tidak akan diserang sawan lagi.