BAHAYANYA HEPATITIS B

Apakah itu Hepatitis B
Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang ‘senyap’ dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini.

Virus Hepatitis B
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?
1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

a. Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
b. berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
c. kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
d. mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga
e. Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
f. Hubungan seks.

Oleh itu pesakit hepatitis B dan juga hemofilia adalah dilarang untuk berbekam kerana virus ini juga boleh merebak secara senyap kepada orang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.