BATUK KRONIK DAN PENYAKIT PARU-PARU…

Batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi badan kita melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan perengsa atau rembesan daripada saluran udara.

Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan perengsa dan penghalang.

Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. Tetapi ada kalanya batuk dialami lebih kerap dan berpanjangan apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerubu.

Batuk kronik boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah, bekerja atau berfungsi seperti biasa. Dengan mengetahui jenis batuk yang dialami, anda boleh membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan jika perlu dan bukannya menunggu sehingga masalah batuk pulih secara sendiri.

Berbekamlah di bahagian dada dan belakang anda bagi melegakan masalah batuk.Batuk yang berterusan jangan terus dibiarkan berpanjangan kerana ia berkemungkinan adalah tanda SANTAU.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.