BEKAM MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH SEMBELIT

SEMBELIT bukan sekadar satu masalah kesihatan sebaliknya ‘gangguan’ yang boleh menjejaskan mood serta rutin harian. Bayangkan, desakan ke tandas, terbantut apabila ‘hajat’ anda gagal dilepaskan kerana kesukaran membuang air besar.

Hakikatnya, sembelit memberi maksud berbeza. Kebiasaannya, masyarakat memahaminya sebagai aktiviti pengosongan usus yang jarang berlaku manakala sesetengah lain pula berdepan masalah seperti najis yang keras dan kecil, sukar buang air besar atau rasa tidak puas selepas buang air besar.

Apakah punca masalah ini? Setiap jenis sembelit yang disebutkan tadi mungkin berbeza dan pendekatan bagi tujuan rawatan juga perlu sesuai dengan jenis sembelit yang tertentu. Apapun ia banyak dipengaruhi dengan amalan gaya hidup seseorang individu itu.

Malah, kekerapan individu membuang air besar dalam sehari juga berbeza. Mungkin dua hingga tiga kali sehari atau sekali dalam tiga hari. Namun, individu itu dikatakan mengalami sembelit jika membuang air besar hanya dua kali seminggu atau kurang. Ia turut dikaitkan perbuatan meneran ketika membuang air besar. Sembelit juga bukan hanya dialami si kecil, tetapi turut dianggap biasa bagi wanita serta warga emas melebihi 65 tahun.

Apabila kita sering mengalami sembelit, ada beberapa cara untuk mengatasinya. Apa yang penting adalah berusaha supaya najis dapat keluar dengan lancar. Untuk keluar dengan lancar, najis harus lembik dan tidak keras.

Selain makan buah-buahan dan sayuran yang banyak serat dan minum air 8 gelas sehari BEKAM mampu mengatasi masalah sembelit.Cubalah ..Insyallah masalah sembelit anda dapat diatasi dan proses pembuangan najis akan menjadi lebih lancar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.