BERBEKAM DAN PUASA

Image result for PUASA

 

Image result for BEKAM

Adakah akan batal puasa dengan berbekam?

Al-hafizh dalam Al -Fath mengatakan”Jumhur ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam”.Al-hafizh juga menyebutkan bahawa Ummul Mukminin,Ummu Salamah juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa.

Dalam Shahihu Al-Bukhari juga disebutkan riwayat dari Sa’d bin Abi  Waqqash dan Zaid bin Arqam bahawa mereka pernah berbekam sedangkan mereka berpuasa.

Selanjutnya Anas,maula Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Thabit Al-Bannani: “Apakah kamu memakruhkan bekam ketika berpuasa?”  Dalam riwayat lain,”…pada masa Rasulullah?”Maka Anas menjawab :”Tidak.Kecuali kerana menyebabkan badan lemah”.

Keterangan dari Anas r.a ini sangat jelas menunjukkan bahawa berbekam dimakruhkan bagi orang yang berpuasa apabila perkara itu menyebabkan kelemahan fizikalnya.Adapun jika perkara itu menyebabkannya tidak kuat berpuasa,sehingga dia berbuka maka diharamkan.Adapun jika orang yang berpuasa tidak membatalkan puasanya kerana berbekam dan tidak membuatnya lemah untuk menyempurnakan puasanya,maka tidak mengapa.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *