HAID TIDAK TERATUR

Menurut sumber dari web healthy by nature , antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-

  • Pertambahan atau penggurangan Berat badan yang mendadak
  • Terlebih bersenam
  • Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
  • merokok
  • penggunaan dadah
  • penggambilan kafein yang tinggi
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolima estrogen dan progesteron)
  • masalah dalam pemakanan (eating disorder)
  • tekanan yang meningkat
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
  • Ketidakseimbangan hormon
  • ubat-ubatan
  • kimoterapi
  • Baru-baru ini melahirkan anak, keguguran, atau D & C
  • Breastfeeding
APAKAH YANG BOLEH MEMBANTU?

Satu cara untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur, adalah dengan menstabilkan hormon tubuh badan. Tubuh badan sebenarnya mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengimbangi sendiri. Apa yang diperlukan adalah pemakanan yang seimbang dan lengkap.

Makanan tambahan yang digariskan di bawah adalah beberapa supplemen yang memastikan badan anda mempunyai semua nutrien yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk menggambilnya dengan konsisten selama lebih dari 3 bulan kerana supplemen tidak bertindak dalam satu malam sahaja…

Multivitamin – Vitamin asas yang penting untuk semua. Pengambilan multivitamin akan memastikan diet harian anda adalah cukup dan lengkap.

Vitamin b complex- Untuk menangani kesan-kesan stress (yang mana salah satu penyebab haid yang tidak teratur), cuba amalkan vitamin b complex. Vitamin ini kerap dipanggil vitamin anti-stress kerana nutrisi ini digunakan oleh tubuh badan dalam memperbaiki kerosakan apabila dalam keadaan stress.

Magnesium – Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’, jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan.

Antioksidan- antioksidan seperti vitamin A, C, E dan Sellenium membantu menghindarkan sel badan menjadi tidak normal. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai masalah endometrial hyperplasia (penebalan dinding rahim), adalah baik untuk mencegah sel ini berkembang. Pencegahan adalah dengan mengambil vitamin antioksidan

Selain kaedah dan cara diatas anda boleh melakukan rawatan bekam di bahagian tubuh badan bagi menstabilkan semula kitaran haid anda.Rawatan ini melibatkan 21 titik bekam .Insyallah haid anda akan lancar semula seperti sediakala..

Speak Your Mind

*