Info

APA ITU BEKAM

Bekam dalam bahasa arab adalah HIJAMAH dan dalam bahasa inggeris digelar CUPPING adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin atau kedua-duanya sekali dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.Dalam hadis ada disebutkan bahawa ubat/cara penyembuhan yang terbaik itu ada 3 cara iaitu minum madu ,sayatan dengan pisau dan sundutan dengan api.

BAGAIMANA PROSES BERBEKAM DILAKUKAN?

1.Badan pesakit akan diurut seketika bagi memudahkan darah mengalir dengan lancar

2.Cawan atau cup diletakkan diatas tubuh badan yang sakit dan disedut dengan pam vakum

3.Setelah disedut ia dibiarkan dalam 3 hingga 4 minit bagi proses bekam angin

4.Cawan atau cup dicabut dan proses mencucuk dengan jarum dimulakan.Jarum yang digunakan adalah pakai buang dan tusukan yang dilakukan adalah dibawah permukaan kulit sahaja dengan anggaran kedalaman kurang 0.1mm dan ianya tidak menyakitkan.

5.Cawan atau cup akan disedut semula dengan pam vakum bagi proses pengeluaran darah kotor.Darah kotor akan disedut selama 3 hingga 10 minit.

6.Darah kotor yang keluar akan dilap menggunakan tisu dan proses mencucuk dengan jarum dilakukan semula bagi mengeluarkan darah kotor.Proses pengeluaran darah kotor akan dilakukan sebanyak 2x .

7.Setelah siap proses bekam badan akan disapu dengan alcohol swab bagi mencuci kuman dan semua peralatan dibasuh dengan antiseptik sebelum dimasukkan dalam UV STERILISER bagi proses menyahkuman

HARI/WAKTU ELOK BERBEKAM:

1.Setiap 17,19 atau 21hb islam

2.Berbekam diwaktu pagi

3.Berbekam pada hari SELASA dan KHAMIS

PANTANG LARANG SEBELUM BERBEKAM:
1.Jangan makan berat 2 jam sebelum berbekam
2.Digalakkan berpuasa dan ketika perut kosong kerana terdapat kesembuhan dan mendapat berkat

PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBEKAM

 

 

 

 

 

Dalil Tuntutan Berbekam
Sabda Rasulullah SAW…

“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam dibahagian tengkuk,kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)

“Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api,dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay” (Hadis sahih)

“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”(Hadis sahih)

“Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan,kecuali mereka berkata,”Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!”(Shajihu Al-Jami’ 5671)

“Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit,maka bekam juga boleh mencapainya” (Hadis sahih)

“Sebaik-baik hamba adalah jurubekam,kerana ia membuang darah kotor,melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan….” (Hadis Hasan Gharib)

“Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit,maka itu adalah bekam” (HR Ibnu Jarir)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>