KAITAN DIANTARA GANGGUAN MAKHLUS HALUS DAN BEKAM


Bekam sunnah bukan hanya sekadar membuang darah kotor atau angin ,tetapi lebih daripada itu adalah untuk kesihatan secara menyeluruh zahir dan batin,rohani dan jasmani.Dengan kata lain bekam sunnah juga membuang atau mengeluarkan apa yang ada dalam darah kotor yang tidak kelihatan oleh mata,yang biasa disebut makhluk halus.

Dalam sebuah hadis Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu memasuki tubuh manusia mengikut aliran darah.Sangat banyak penyakit yang dideritai oleh manusia disebabkan oleh angkara jin dan syaitan yang beroperasi di tempat-tempat tertentudalam tubuh manusia yang utama.Dalam surah Al Fathir ayat 6
bermaksud :”Syaitan itu adalah musuh bagi kamu,maka hendaklah kami mengambilnya sebagai musuh.

Bentuk-bentuk gangguan syaitan meliputi zahir dan batin,jasmani dan rohani.Antaranya dengan memperdayakan manusia,mendatangkan rasa malas dalam beramal,mengantuk ketika beribadah atau membaca Al-Quran dan menyuruh manusia dengan hal-hal yang kurang manfaat,menanamkan rasa benci,marah,pendendam,iri hati dan sifat tercela lainnya dalam hati manusia.

Dalam bentuk fizikal juga tidak kurang dahsyatnya.Banyak orang yang menderita tidak dapat dikesan,bahkan oleh doktor pakar sekalipun.Jin atau syaitan bertindak atas kerjasama manusia.Inilah yang disebut sebagai sihir.

Bekam Sunnah boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang disebabkan gangguan makhluk halus atau jin.Inilah tujuan utama dari bekam sunnah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.