KELUAR SUARA NENEK KEBAYAN KETIKA BERBEKAM…

Ini kisah benar yang berlaku dipusat rawatan saya.Pesakit menceritakan beliau sudah banyak kali menjalani rawatan ruqyah.Semasa dibekam pesakit merasa agak perit ditempat yang dicucuk dengan jarum sedangkan bagi orang yang normal mereka tidak akan berasa sakit .Selain daripada itu,semasa dibekam kelihatan sesuatu bergerak dengan sendiri dibawah permukaan kulit dibahagian kakinya.Tidak lama selepas itu pesakit menjerit dan mengeluarkan suara nenek kebayan.Badan pesakit mulai agak kejang.Saya membacakan ayat qursi keatas pesakit dan menyapukan minyak kasturi.Alhamdulillah pesakit berada dalam keadaan terkawal.Kesemua ini berlaku adalah disebabkan oleh pesakit mempunyai gangguan yang agak teruk dan sudah lama.Jin bergerak-gerak didalam badan pesakit kerena tidak mahu dikeluarkan.Bagi mereka yang pernah mengalami situasi begini anda jangan panik kerana tujuan jin berbuat demikian adalah psiko kepada pesakit supaya pesakit tidak lagi berbekam dan ia akan menyakitkan tubuh badan si pesakit.Dengan lebih kerap berbekam ,insyallah penyakit gangguan anda akan berkurangan sedikit demi sedikit.Ia memerlukan sedikit kesabaran..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *