MENGATASI MASALAH MATA BERAIR…

Mata merah atau kemerahan merupakan antara masalah yang sering kali berlaku sehingga menjejaskan keselesaan mata dan ketajaman penglihatan.Selalunya kita akan mula risau apabila mata mula mengalami masalah sama ada kerap berair,kabur atau sakit.

Sebenarnya gejala-gejala sedemikian dapat memberi amaran terdapat masalah atau sesuatu yang tidak kena pada mata, dan kita harus mengambil tindakan sewajarnya.

Penyebab yang paling biasa berlaku ialah penyakit alahan, di mana pesakit mengalami gejala seperti berasa gatal pada mata (mata gatal) dan mata sering berair.Ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit kerana air mata kerap keluar.

Berbekam dipelipis dan tepi mata mampu untuk mengatasi masalah mata berair ini.Insyallah dengan kekerapan bekam yang konsisten sebulan sekali masalah ini boleh diatasi

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *