MERAWAT BUASIR DENGAN BERBEKAM + AIR REBUSAN AKAR TERUNG PIPIT…

Buasir biasanya tidak berbahaya atau membawa sebarang ancaman nyawa. Jarang sekali pesakit buasir mengalami pendarahan yang teruk sehingga menjadi anemia (kekurangan darah) teruk yang menyebabkan kematian.

Terdapat sebahagian kes, kesakitan buasir akan hilang dalam masa beberapa hari.Tetapi dalam kebanyakan kes, masalah buasir akan kembali dan biasanya lebih teruk daripada yang sebelum ini.

Walaupun terdapat ramai orang yang mengalami masalah buasir, tetapi bukan semuanya merasai tanda-tanda awal buasir. Tanda awal buasir jenis dalaman yang paling biasa adalah pendarahan berwarna merah terang meliputi sisa najis, di atas kertas tandas, ataupun di dalam mangkuk tandas.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak menjaga permakanan dan memulihkan keadaan dia, buasir dalaman boleh bertambah teruk dan menonjol melalui liang dubur dan tertonjol di luar tubuh. Keadaan ini adalah amat menyakitkan dan menggangu.

Buasir tahap ini dikenali sebagai Buasir Luaran. Tanda-tanda buasir luaran termasuk bengkak yang menyakitkan atau pengerasan tisu-tisu di sekitar dubur apabila darah membeku di dalam tonjolan buasir. Pada tahap ini, sebarang geseran atau gosokan yang kasar mungkin akan menjadikan keadaan menjadi lebih teruk.

Bagi mengatasi masalah buasir anda digalakkan berbekam sebulan sekali.Selain daripada itu petua bagi mengatasi masalah ini ialah anda boleh cuba petua ini.Ambil akar terung pipit ,basuh bersih dan rebus akar tersebut.Minum air rebusan terung pipit setiap hari dengan syarat JANGAN MAKAN TERUNG PIPIT  itu lagi jika sudah sembuh.

PETUA INI TELAH BERJAYA DILAKUKAN OLEH SEORANG KAWAN SAYA YANG HAMPIR MENJALANI PEMBEDAHAN UNTUK BUASIR.SELEPAS MENGAMALKAN PETUA INI BUASIRNYA KECUT DAN HILANG DAN TIDAK PERLU MENJALANI PEMBEDAHAN

SELAMAT MENCUBA!!!…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *