RAWATAN AURA SERI RM50.00

 

 

 

Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada air mineral,limau nipis,9 kuntum bunga dan badan pesakit.Khasiat kaedah rawatan aura seri ini dapat memberikan aura positif dan menyingkirkan segala aura negatif pada badan,menaikkan seri wajah,wajah tidak kusam lagi,menghilangkan sakit pening kepala,meringankan/menyegarkan badan,mudah dapat jodoh,fokus pada kerjaya dan mudah disenangi masyarakat serta menyembuhkan masalah sihir/saka.Pesakit yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga.

8 LANGKAH KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI..

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor
  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalkan diet yang lebih baik.Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
    • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
    • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
    • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
    • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
    • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
  7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
  8. Berbekam:Lakukan rawatan bekam darah 2 minggu sekali bagi menyingkirkan darah kotor anda yang bertoksid.Badan akan terasa lebih ringan dan mengurangkan sakit kepala serta ketegangan di bahagian tengkuk.

JANGAN MAKAN MACAM-MACAM UNTUK HINDARI PENYAKIT…

Semestinya sekarang ini anda semua penuh dengan undangan rumah terbuka.Bila dah menghadiri rumah terbuka pastinya bermacam-macam juadah yang terhidang.Takkan nak tengok jer juadah yang sedap-sedap tu pastinya makan jer la.Bila dah makan macam-macam contohnya lemang,rendang,kuih muih dan sebagainya pastinya sakit pun datang.Mungkin ada yang terlebih kenyang akan mengalami angin dalam perut,yang ada darah tinggi pasti darah tinggi pun naik,yang ada kencing manis pun kandungan gula akan meningkat.Jangan risau bagi mengurangkan kesakitan dan mengelakkan anda mendapat bermacam-macam penyakit segeralah berbekam.Dengan berbekam ia akan menyingkirkan toksid dari badan akibat dari tabiat pemakanan anda .

SEGALA PENYAKIT BERPUNCA DARIPADA KEGAGALAN FUNGSI BUAH PINGGANG DAN HATI…

 

 

Untuk info kepada mereka diluarsana bahawa penyakit yang dialami didalam badan seseorang manusia akan terjadi apabila fungsi buah pinggang dan hati semakin lemah.Tugas buah pinggang ialah sebagai penapis darah yang akan disalurkan keseluruh tubuh badan kita.Apabila buah pinggang  ini sudah semakin lemah fungsinya dan gagal menapis darah bersih dengan baik,darah yang mengandungi toksid akan disalurkan keseluruh tubuh.Bila darah yang bertoksid ini mengalir keseluruh tubuh dan masuk keorgan-organ penting ia akan mendap disalur darah organ berkaitan dan lama-kelamaan akan berkumpul ,tersumbat dan menyebabkan penyakit-penyakit kronik.Bagi memperolehi tubuh badan yang sihat dan bertenaga anda disyorkana berbekam sekurang-kurangnya sebulan sekali .Insyallah darah kotor yang bertoksid akan disingkirkan dari tubuh badan anda dan anda lebih sihat serta mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.

SIMPTOM DAN PETANDA TERKENA SIHIR DAN GANGGUAN…

Ketika tidur
*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.

Ketika jaga

*Sakit tulang belakang.
*Sakit kepala luar biasa.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori.
*Takut tidak bersebab.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
*Sesak nafas waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman.
*Pengsan dan sawan tanpa sebab.
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
*Sakit tulang empat kerat.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata.
*Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada anggota badan.

JIKA ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA GANGGUAN SEPERTI DIATAS RAWATLAH DENGAN TERAPI AURA SERI DAN BERBEKAM.

SAKIT LUTUT PULIH SETELAH SAYA BERBEKAM..

Beberapa hari yang lepas saya sendiri mengalami sakit lutut yang agak teruk.Lutut saya tiba-tiba sahaja sakit yang teramat sangat semasa sedang berjalan.Memandangkan kesakitan yang teramat sangat , pada malam hari saya membekam sendiri dilutut saya yang terasa sakit.Setelah dibekam saya dapati ada unsur-unsur gangguan.Keesokkan harinya alhamdulillah lutut saya tidak berasa sakit lagi dan boleh berjalan dengan baik seperti biasa.Kepada mereka diluarsana yang mengalami masalah lutut ini cubalah berbekam,insyallah mujarab..

Menawarkan rawatan bekam darah,rawatan bekam kerumah,urutan badan dan resdung untuk wanita dan lelaki di Bandar Baru Bangi, johor bahru dan Kuala Lumpur.