SERI WAJAH DENGAN TERAPI AURA SERI..

Rawatan aura ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada air mineral,limau nipis serta 9 kuntum bunga dan badan pesakit.Khasiat kaedah terapi aura seri ini dapat memberikan aura positif dan menyingkirkan segala aura negatif pada badan,menaikkan seri wajah,wajah tidak kusam lagi,menghilangkan sakit pening kepala,meringankan/menyegarkan badan,mudah dapat jodoh,fokus pada kerjaya dan mudah disenangi masyarakat.Pesakit yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga.Sila sms sejam awal sebelum datang ke

PN AINI 019-2608092

RAWATAN PENYAKIT KENCING MANIS..

Bagi pesakit kencing manis,kandungan gula didalam darah yang terlalu banyak akan menyebabkan badan menjadi lemah.Ini adalah disebabkan kegagalan organ pankreas menghasilkan insulin.Berbekam di bahagian pankreas akan membantu pankreas anda menghasilkan insulin yang baik Darah kotor yang keluar dalam proses berbekam akan membawa sekali unsur gula,insyaAllah anda akan dihindari dari terkena penyakit kencing manis jika konsisten berbekam .

MANFAAT BEKAM DARAH

1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

RAWATAN UNTUK PESAKIT SIHIR..

Para pembaca blog diluarsana yang menderita pelbagai penyakit gangguan jin disyorkan berbekam 2 minggu sekali ,insya Allah penyakit gangguan jin anda akan makin berkurangan.Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu pernah berbekam dikepala menggunakan tanduk bagi menyembuhkan penyakit sihir beliau angkara ahli sihir yahudi laknatullah.Titik bekam disyorkan dibahagian kepala,tengkuk dan tempat yang sakit akibat penyakit gangguan jin tersebut.Herba tambahan yang perlu diambil ialah makan habbatus sawda 3 biji sehari dan amalkan minum madu.Anda juga disarankan menjalani rawatan ruqyah.Insyallah ia berkesan…

PESAKIT PAYUDARA BERKUDIS TUNJUKKAN PERUBAHAN POSITIF SELEPAS BEKAM…

Ini adalah merujuk kepada pesakit saya dari Tapah Perak yang mempunyai masalah payudara berkudis selama 14 tahun.Alhamdulillah selepas rawatan bekam pertama kali banyak pasir yang keluar dari payudara beliau.Masalah gatal-gatal dipayudara juga semakin berkurangan.Beliau telah menjalani rawatan kali kedua dan semasa rawatan kali kedua saya dapati payudara beliau sudah beransur pulih.Daging disekitar payudara sudah kelihatan berwarna merah dimana sebelum ini kawasan itu sangat kering dan dipenuhi nanah.Beliau juga sudah boleh tidur dengan lena diwaktu malam .Sebelum ini beliau juga menghadapi masalah kesukaran untuk tidur pada waktu malam.Semua kesembuhan adalah dengan izin dari ALLAH.Alhamdulillah….

BUANG TOKSID DALAM BADAN DENGAN BEKAM..

Berbekam mampu mengnyahtoksinkan untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya sekaligus dapat membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-

– Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah

– Sembelit atau cirit-birit yang kerap

– Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.

– Kuku dan rambut yang rapuh

– Badan dan nafas berbau

– Sering sakit kepala

– Sakit leher , bahu , sendi dan otot

– Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk

– Imsomnia atau masalah tidur

– Meradang dan kemurungan

– Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid

– Berat badan dan pembendungan air dalam badan

– Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap

– Alergi dan pengidaman makanan

– Peningkatan tekanan darah

– Kurang tenaga syahwat.

Hasil daripada proses mengnyahtoksik yang baik:-

– Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas

– Daya ketahanan badan yang lebih kuat

– Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak

– Pembuangan air besar yang kerap

– Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik

– Kulit yang lebih cerah dan sihat

– Badan yang lebih langsing

– Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan

Menawarkan rawatan bekam darah,rawatan bekam kerumah,urutan badan dan resdung untuk wanita dan lelaki di Bandar Baru Bangi, johor bahru dan Kuala Lumpur.