PENING DAN MIGRAIN DIRAWAT DENGAN BEKAM

Sekarang adalah musim panas.Tentu ramai diluarsana yang mengalami sakit kepala,pening dan juga mungkin migrain disebabkan  cuaca yang panas ini.Bagi mereka yang mengalami masalah ini anda digalakkan berbekam kerana dengan bekam ia akan melancarkan perjalanan darah dan mengatasi masalah ketegangan dibahagian tengkuk.Anda akan merasa kesegaran dan insyallah tidak akan sakit kepala lagi..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

BEKAM MERAWAT PENYAKIT ASMA

Bagi mereka yang diluarsana mengidap penyakit asma dan bergantung pada ubatan moden sekian lama,saya syorkan anda berbekam 2minggu 1x sebanyak 3x sesi dan makan 3 biji habbatus sawda sehari  selama sebulan,insyaAllah penyakit asma anda sembuh.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

CAS PALING MURAH DIPASARAN…

Kami menawarkan kadar cas paling murah dipasaran itu cuma RM4.00/cup bagi warga emas yang berusia 55 tahun keatas.Rebutlah peluang ini untuk berbekam.

Tiada lagi harga serendah ditempat kami.Cepat-cepat sementara tawaran masih ada….

Posted in Uncategorized | Leave a comment

RAWATAN BEKAM UNTUK KEBAS TANGAN

Selalukah anda merasa kebas tangan?Jika anda merasa kebas tangan dan ia berlaku berulang-ulang ,ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena atau mungkin ada berlaku kerosakan atau penyakit pada saraf dijari,pergelangan tangan,tangan,lengan atau leher.Kerosakan saraf di tangan mungkin disebabkan oleh kecederaan semasa menjalankan aktiviti yang lasak seperti menaip,menggunakan komputer atau mengendalikan mesin yang bergetas kuat.

Pembengkakkan di sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.

Tangan kebas juga merupakan salah satu daripada tanda awal serangan strok/angin ahmar….. jadi, kebas tangan ini jangan dipandang enteng sahaja.

Kebas tangan ini boleh juga dikurangkan dengan rawatan bekam.Insyallah tangan anda tidak akan kebas lagi kerana darah akan mengalir dengan lancar.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PESAKIT SIHIR ELOK BERBEKAM…

Kepada mereka diluarsana yang menderita penyakit sihir atau gangguan makhluk halus anda dinasihatkan untuk berbekam 2 minggu sekali.Biasanya mereka yang mengalami masalah ini akan mengalami kelesuan dan keletihan ditahap maksimum,rasa berat dibahu,pinggang dan kepala terutama selepas waktu asar.sebenarnya jin akan duduk didalam darah dan akan melemahkan bahagian sendi manusia.Tujuan utamanya adalah untuk melemahkan tubuh seseorang daripada melakukan sebarang kerja terutamnya ibadah.Insyallah selepas berbekam , badan anda akan terasa ringan dan lebih segar serta masalah gangguan juga berkurangan.Kepada pesakit sihir juga anda digalakkan makan kurma ajwah sebanyak 7 biji sehari serta mengamalkan makan Habbatus sauda 3 biji sehari…

Sabda Rasulullah S.A.W: “Habbatus sauda itu adalah penawar bagi segala jenis penyakit kecuali penyakit mati sahaja”..Riwayat al Bukhari

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KEBAIKAN BEKAM OVERHAUL…

Rawatan bekam darah ini melibatkan 22cup hingga 40cup diseluruh titik badan bagi meringankan badan dan menyegarkan keseluruhan badan secara maksimum serta menyembuhkan masalah keletihan serta kebas kaki.Rawatan ini juga boleh dilakukan mengikut pilihan titik anda iaitu berdasarkan bahagian yang mengalami kesakitan contohnya lutut,sendi tangan,kepala muka dan lain-lain.Rawatan ini tidak digalakkan bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah rendah .

Rawatan ini adalah diantara RM110.00 hingga RM200.00

Posted in Uncategorized | Leave a comment

BAGAIMANA RAWATAN BEKAM BERFUNGSI PADA TUBUH BADAN

1)Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

Posted in Uncategorized | Leave a comment