MERAWAT BUASIR DENGAN BERBEKAM + AIR REBUSAN AKAR TERUNG PIPIT…

Buasir biasanya tidak berbahaya atau membawa sebarang ancaman nyawa. Jarang sekali pesakit buasir mengalami pendarahan yang teruk sehingga menjadi anemia (kekurangan darah) teruk yang menyebabkan kematian.

Terdapat sebahagian kes, kesakitan buasir akan hilang dalam masa beberapa hari.Tetapi dalam kebanyakan kes, masalah buasir akan kembali dan biasanya lebih teruk daripada yang sebelum ini.

Walaupun terdapat ramai orang yang mengalami masalah buasir, tetapi bukan semuanya merasai tanda-tanda awal buasir. Tanda awal buasir jenis dalaman yang paling biasa adalah pendarahan berwarna merah terang meliputi sisa najis, di atas kertas tandas, ataupun di dalam mangkuk tandas.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak menjaga permakanan dan memulihkan keadaan dia, buasir dalaman boleh bertambah teruk dan menonjol melalui liang dubur dan tertonjol di luar tubuh. Keadaan ini adalah amat menyakitkan dan menggangu.

Buasir tahap ini dikenali sebagai Buasir Luaran. Tanda-tanda buasir luaran termasuk bengkak yang menyakitkan atau pengerasan tisu-tisu di sekitar dubur apabila darah membeku di dalam tonjolan buasir. Pada tahap ini, sebarang geseran atau gosokan yang kasar mungkin akan menjadikan keadaan menjadi lebih teruk.

Bagi mengatasi masalah buasir anda digalakkan berbekam sebulan sekali.Selain daripada itu petua bagi mengatasi masalah ini ialah anda boleh cuba petua ini.Ambil akar terung pipit ,basuh bersih dan rebus akar tersebut.Minum air rebusan terung pipit setiap hari dengan syarat JANGAN MAKAN TERUNG PIPIT  itu lagi jika sudah sembuh.

PETUA INI TELAH BERJAYA DILAKUKAN OLEH SEORANG KAWAN SAYA YANG HAMPIR MENJALANI PEMBEDAHAN UNTUK BUASIR.SELEPAS MENGAMALKAN PETUA INI BUASIRNYA KECUT DAN HILANG DAN TIDAK PERLU MENJALANI PEMBEDAHAN

SELAMAT MENCUBA!!!…

MELANCARKAN PEREDARAN DARAH…..BADAN ANDA AKAN SIHAT

Pernahkah anda rasa tiba-tiba rasa pening kepala, rasa termengah-mengah walaupun membuat kerja yang ringan, jiwa resah tak menentu, cepat marah tanpa sebab dan pelbagai lagi sintom penyakit yang mendatangi anda sedikit demi sedikit. Anda sebenarnya sedang diserang pelbagai penyakit bahaya yang bakal melumpuhkan seluruh sistem utama badan anda.

Pernahkah juga anda terdengar tiba-tiba jiran sebelah rumah anda dimasukkan ke hospital kerana diserang Angin  Ahmar, Rakan lama semasa disekolah rendah terpaksa dipotong kakinya kerana kencing manis, bapa rakan anda mengalami masalah mata dan hampir buta kerana penyakit darah tinggi yang teruk. Pengawal keselamatan di  tempat kerja anda terpaksa cuti kerja kerana penyakit Gout yang berlarutan, dan banyak lagi kisah sebegini yang berlaku  hampir setiap hari…Ini adalah fenomena biasa masyarakat Malaysia hari ini yang semakin terdedah kepada pelbagai berbahaya
Rata-rata setiap orang hari ini mempunyai penyakit, sama ada penyakit utama seperti Sakit
Jantung, Darah  Tinggi, Kencing Manis ataupun sub-penyakit yang akan membawa kepada penyakit utama secara beransur-ansur.
Jika masalah peredaran darah anda yang tidak lancar ini tidak dirawat ia akan menyebabkan dan memudahkan anda untuk mendapat penyakit-penyakit yang disebutkan diatas.
Bagi mengatasi masalah ini rawatan bekam adalah kaedah terbaik bagi melancarkan peredaran darah didalam tubuh anda.Anda juga dinasihatkan mengamalkan minum madu setiap pagi bagi memberi tenaga kepada tubuh badan dan mengatasi penyakit berbahaya.Dengan menjalani rawatan ini tubuh badan anda akan sihat dan cergas.
Dari Ibnu ‘Abbas r.a ,Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara yakni minum madu,sayatan alat bekam dan ‘kay’ dengan api.Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’

BEKAM UNTUK KELETIHAN DAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA…

STRESS atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran.

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, otak kita memberi respon secara otomatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan di turunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline di keluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras adrenaline yang tinggi itu.

Sekiranya kita beriman dan berakal kita akan menghadapi masalah itu dengan cara positif:
–          Menarik nafas panjang
–          Mengucap
–          Menyempurnakan solat dan cepat bertenang
–          Menyempurnakan exercise “relaxation dan visualisation” .
–          Melakukan rawatan bekam

Rawatan bekam boleh mengatasi masalah stress yang anda alami kerana dengan bekam ia akan melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan rasa stress anda.

MENGATASI MASALAH MATA BERAIR…

Mata merah atau kemerahan merupakan antara masalah yang sering kali berlaku sehingga menjejaskan keselesaan mata dan ketajaman penglihatan.Selalunya kita akan mula risau apabila mata mula mengalami masalah sama ada kerap berair,kabur atau sakit.

Sebenarnya gejala-gejala sedemikian dapat memberi amaran terdapat masalah atau sesuatu yang tidak kena pada mata, dan kita harus mengambil tindakan sewajarnya.

Penyebab yang paling biasa berlaku ialah penyakit alahan, di mana pesakit mengalami gejala seperti berasa gatal pada mata (mata gatal) dan mata sering berair.Ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit kerana air mata kerap keluar.

Berbekam dipelipis dan tepi mata mampu untuk mengatasi masalah mata berair ini.Insyallah dengan kekerapan bekam yang konsisten sebulan sekali masalah ini boleh diatasi

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

BERBEKAM PADA TARIKH SUNNAH..PERCUMA 2 CUP TAMBAHAN

Hari ini khamis jatuh pada 17 rejab adalah tarikh yang elok untuk berbekam.Berbekam pada tarikh sunnah ini dikatakan mampu mendapat kesembuhan dan terdapat berkat serta menguatkan hafalan.Anda digalakkan berbekam pada tarikh ini untuk mendapat kesembuhan yang maksimum…Insyallah

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan ini sila hubungi Pn.Noraini 0192957929

Kepada yang berbekam pada tarikh ini PERCUMA tambahan 2 cup akan diberikan..

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.”

BERUBAT CARA NABI…

Ada 4 panduan utama yang diamalkan Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan sehingga 63 tahun hayat beliau hanya demam/jatuh sakit beberapa kali sahaja..

1) Pencegahan penyakit dengan senaman. Rasulullah SAW selalu melakukan senaman seperti aktiviti berenang,memanah,menunggang kuda dan bergusti untuk menjaga kesihatan beliau supaya sistem organ tubuh beliau sentiasa mantap dan sihat.

2) Tidak mengambil makananan beracun/haram. Pemilihan makanan yang tidak mengandungi unsur racun dan kandungan merbahaya serta 100% halal amatlah penting,tidak seperti umat islam sekarang yang suka mengambil sumber yang ada unsur-unsur toksid/racun seperti tabiat merokok dan sebagainya.

3) Mengambil makanan yang bergizi dan berkhasiat. Rasulullah SAW kerap mengambil makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi dalam kesihatan seperti telur,madu,kambing,daging,ayam,susu,kurma,buah tin,minyak zaitun dalam rutin makanan seharisn beliau.

4) Membuang toksid/racun dari badan dengan Al Hijamah. Rasulullah SAW berbekam sebulan sekali iaitu pada tanggal 17/19/21 kalendar islam,dengan amalan berbekam menjadikan tubuh beliau semakin sihat,ringan dsan kuat untuk beliau sentiasa aktif dalam segala aktiviti dakwah/berperang dengan musuh.

Menawarkan rawatan bekam darah,rawatan bekam kerumah,urutan badan dan resdung untuk wanita dan lelaki di Bandar Baru Bangi, johor bahru dan Kuala Lumpur.