BEKAM MAMPU MENGATASI MASALAH SENGGUGUT

Saya sendiri adalah pesakit senggugut yang teruk.Saya pernah menjalani pembedahan membuang cist dan saya juga mempunyai penyakit endometriosis.Setiap kali saya mengalami senggugut , kesakitan yang teramat sangat di bahagian perut,pinggang dan kaki.Selain itu saya juga akan muntah-muntah dan kuku menjadi biru disebabkan senggugut yang teruk.Alhamdulillah setelah mengamalkan rawatan bekam secara konsisten setiap dua minggu sekali ,kini saya tidak  lagi mengalami senggugut .Kepada wanita-wanita diluarsana yang mempunyai masalah senggugut ini adan dinasihatkan untuk kerap berbekam .Insyallah perjalanan darah haid anda akan lancar seterusnya masalah senggugut anda dapat diatasi.Masa yang sesuai untuk berbekam bagi penderita senggugut ialah berbekam 2 minggu sebelum anda dijangka datang haid

NAFAS TIDAK BERBAU SELEPAS BERBEKAM RESDUNG…

 

Pada minggu lepas pesakit ini datang berbekam di muka kerana mukanya gatal-gatal disebabkan resdung, dan juga memberitahu nafas yang agak berbau.Beliau berbekam di keseluruhan muka.Alhamdulillah,malam tadi beliau datang berbekam lagi dimuka dan memberitahu selepas berbekam pada minggu lepas nafasnya sudah tidak berbau lagi dan gatal-gatal dimuka semakin berkurangan.Beliau bercadang untuk menjalani rawatan bekam ini secara konsisten sehingga masalah resdungnya selesai…Alhamdulillah segala kesembuhan itu datangnya dari ALLAH SWT.

BEKAM UNTUK MERAWAT MASALAH RAHIM

Kepada para wanita diluarsana yang menghadapi masalah berkaitan dengan rahim seperti senggugut,ketumbuhan,keputihan,kesuburan dan sebagainya anda digalakkan berbekam sebulan sekali.Rawatan bekam yang dilakukan akan melancarkan pengaliran darah dan membuang darah kotor pada rahim anda serta mampu meningkatkan tahap kesuburan anda.Bila rahim kita sihat insyallah masalah-masalah yang berkaitan dapat diatasi.Rawatan ini melibatkan 10 cawan dan cas hanya RM50.00 sahaja.

FAHAMI RAWATAN BEKAM DARAH SEBELUM BERBEKAM…JANGAN TERTIPU


Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh pesakit saya.Beliau menghadapi masalah darah tinggi dan kencing manis .Penyakit beliau bukanlah diperingkat teruk semasa beliau datang kekedai saya.Sebelum ini beliau pernah menjalani pembedahan dikaki bagi mengeluarkan nanah yang sukar sembuh kerana dikesan ada kencing manis.Jadi sudah sahih lah yang beliau menghidap kencing manis dan dapat pengesahan doktor.SEbelum beliau datang kekedai saya beliau telah pergi ke menjalani rawatan bekam di sebuah pusat rawatan.Tujuan beliau adalah untuk membuat bekam darah tetapi selepas bekam angin dilakukan dipusat rawatan tersebut didapati tiada kesan lebam kehitaman dan angin pada tapak bekam.Oleh itu jurubekam tersebut menyatakan beliau tidak perlu buat bekam darah kerana beliau tidak ada sebarang penyakit.Oleh kerana tidak berpuashati beliau datang ke pusat rawatan saya.Setelah diberi penjelasan dengan teliti beliau bersetuju menjalani rawatan bekam darah.Semasa proses bekam darah dijalankan,darah kotor yang keluar dari badan pesakit adalah banyak ,berketul2 dan berwarna kehitaman.Angin juga keluar dengan banyak.Selepas berbekam beliau berasa sangat lega terutamanya dibahagian tengkuk yang dirasakan tegang akibat darah tinggi dan sakit kepala beliau hilang sejurus berbekam.Beliau juga merasa puashati dengan rawatan yang diberikan dan selesa dengan kemudahan yang ada.Beliau bercadang untuk datang berbekam lagi pada 2 minggu kemudian.Untuk pengetahuan umum,ini adalah pertama kali beliau berbekam.Oleh itu saya menasihatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin berbekam,pastikan anda mendapatkan maklumat yang jelas sebelum berbekam supaya tidak tertipu dan mendapatkan kesembuhan yang maksimum.

KEPADA SESIAPA YANG INGIN BERBEKAM ANDA BOLEH MENCUBA RAWATAN INI KERANA IA ADALAH SUNNAH NABI DAN NABI SENDIRI MENGGALAKKAN UMATNYA BERBEKAM.

CAS RAWATAN TERMURAH DI TEMPAT SAYA HANYA RM5/CUP

BEKAM MENGATASI MASALAH SUSAH TIDUR (INSOMNIA)


Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Punca-punca
i) Tekanan dan kerisauan
ii) Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising dan kotor, sejuk atau panas.
iii)Persekitaran baru – e.g. Berpindah ke rumah baru.
iv) Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit .
v) Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
vi) Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.
vii)Terlalu letih dan penat

Bagi mengatasi masalah insomnia ini ,anda digalakkan berbekam sebulan sekali.Dengan berbekam anda akan merasa kesegaran dan bila badan sudah cergas ini akan memudahkan anda untuk tidur malam dengan lena .Badan juga akan terasa ringan.Selain itu bagi yang sukar tidur malam anda disarankan untuk menjalani rawatan terapi aura seri kerana berkemungkinan terdapat gangguan makhluk halus didalam badan.

Titik bekam untuk masalah ini ialah 14 cup /RM70.00 sahaja.

MASALAH GATAL-GATAL DIMUKA LEGA SELEPAS BERBEKAM


Alhamdulillah semua kesembuhan adalah dari izin ALLAH SWT.Pada minggu lepas pelanggan saya ni datang dengan muka yang agak berjerawat dan bernanah.Selain daripada itu beliau juga mengadu keseluruhan mukanya seringkali gatal-gatal dan beliau ada resdung.Pada hari ini beliau datang lagi untuk membuat rawatan kedua setelah selang seminggu dan perubahan ketara pada wajahnya.Jerawatnya tidak lagi bernanah dan kelihatan agak berseri-seri.Beliau juga memberitahu bahawa gatal-gatal pada mukanya turut berkurangan tidak seperti sebelum ini seperti rasa nak menggaru jer.Saya mencadangkan kepada beliau supaya berbekam lagi untuk sesi ketiga sehingga masalah jerawatnya hilang.

BEKAM ANGIN DAN BEKAM DARAH


Bekam angin adalah bekam tanpa mengeluarkan darah,kawasan yang dibekam adalah bahagian yang dirasakan banyak angin dan sengal-sengal.Khasiat kaedah bekam ini ialah dapat mengeluarkan angin dari badan,menyegarkan badan,melonggarkan urat saraf yang bersimpul,menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.

Info Ringkas Tentang Kaedah Bekam Angin & Bekam Sunnah..

Kaedah Bekam Angin

-Ia juga dikenali sebagai bekam cina/bekam kering dan ia bukan sunnah nabi.

-Ia dilakukan dibahagian belakang badan/dada.

-Tiada tusukan jarum dan proses pengeluaran darah dari badan.

-Cup diletakkan kira-kira 20min pada anggota badan bagi proses pengeluaran angin dari dalam badan.

-Boleh melakukan rawatan ini dengan kerap dan tiada kesan sampingan.

-Akan ada kelihatan wap-wap air pada cup bekam selepas tamat rawatan ini.

-Manfaat kaedah bekam ini akan membuatkan badan terasa ringan dan menghilangkan kelesuan badan.

Kaedah Bekam Sunnah

-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.

-Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.

-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.

-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.

-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.

-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.

-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula dengan krim antiseptik

-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/NYAHKUMAN.

Khasiat Bekam Darah

Bekam darah adalah bekam sunnah dan ia dapat menghindari 93 jenis penyakit dimasa-masa akan datang. Bekam darah amat berkesan dalam merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, migrain, resdung, gout, sihir, penyakit kulit dan banyak lagi.Kebaikan bekam darah berbanding dengan bekam angin ialah bekam darah boleh mengeluarkan angin dan darah kotor serentak.Oleh itu pesakit adalah lebih digalakkan melakukan bekam darah bagi kesembuhan yang maksimum.

Bukan bermakna jika anda melakukan bekam angin dan tiada wap yang kelihatan atau tapak bekam tidak lebam dan kemerahan menandakan anda bebas dari sebarang penyakit.Kadang-kadang bekam angin sahaja tidak mampu untuk menunjukkan bahawa badan anda sebenarnya mempunyai toksid yang banyak.

SELAMAT BERBEKAM …BEKAM ADALAH SUNNAH NABI DAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KESEMBUHAN

Menawarkan rawatan bekam darah,rawatan bekam kerumah,urutan badan dan resdung untuk wanita dan lelaki di Bandar Baru Bangi, johor bahru dan Kuala Lumpur.