Pakej&Promosi

 

 

 

 

BEKAM MERAWAT STRESS DAN KELESUAN(RM50.00)

Tujuan bekam ini dilakukan adalah untuk mengatasi masalah kelesuan di bahagian pinggang,belikat dan bahu.Insyallah selepas berbekam anda akan merasa badan ringan dan cergas.


BEKAM MERAWAT SIHIR(RM90.00)
Tujuan bekam ini dilakukan adalah untuk mengatasi masalah badan yang terasa berat akibat gangguan jin dan makhluk halus.Jin biasanya duduk didalam darah manusia pada sendi-sendi dibahagian tubuh badan.Dengan melakukan bekam sihir ia akan membantu mengeluarkan darah kotor yang mengandungi unsur-unsur makhluk halus.Insyallah badan akan terasa ringan dan gangguan jin akan berkurangan


BEKAM MERAWAT MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA(RM60.00)
Migrain adalah sakit di sebelah bahagian kepala ,atas mata dan tengkuk.Pening kepala pula adalah sakit keseluruhan dibahagian kepala.Dengan berbekam ia boleh mengatasi masalah ini kerana proses perjalanan darah ke pembuluh darah akan lebih lancar lagi.Bagi mereka yang kerap migrain anda digalakkan berbekam seminggu sekali.


BEKAM MERAWAT KEBAS TANGAN(RM 50.00-RM65.00)
Bekam ini melibatkan 13 point dibahagian tangan dan bahu.kebas tangan boleh terjadi disebabkan pengaliran darah yang tidak lancar .Kebas di tangan juga adalah petanda kepada mendapat stroke.Untuk mengatasi masalah ini pesakit disyorkan berbekam sebulan sekali.


BEKAM OVERHAUL (DARI RM110-RM200.00)
Tujuan bekam ini dilakukan adalah untuk membuang darah kotor diseluruh tubuh badan akibat badan yang kelesuan.bekam dilakukan di seluruh tubuh badan dari 22 cup hingga 40cup(max).Sebelum melakukan bekam overhaul tahap keadaan kesihatan badan pesakit perlu diambil kira.Kebiasaanya selepas melakukan bekam ini badan akan terasa amat ringan.


BEKAM MERAWAT RESDUNG/JERAWAT(RM30.00)
Tujuan bekam ini dilakukan adalah untuk membuang darah kotor yang berada dikawasan muka.Bekam ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah gatal-gatal di muka akibat resdung dan jerawat..Jarum halus yang digunakan dalam proses berbekam tidak menyakitkan muka anda ketika proses bekam dan kesan akan hilang dalam tempoh seawal 2 hari.


BEKAM MERAWAT MASALAH JANTUNG(RM50.00)
Bekam bagi merawat masalah jantung akan dilakukan dibahagian dada dan belakang badan.Tujuan bekam ini dilakukan adalah melancarkan proses pengepaman darah ke jantung anda.Darah yang bertoksid akan disingkirkan dari tubuh jantung akan berfungsi dengan lebih baik.


BEKAM MERAWAT DARAH TINGGI(RM60.00)
Bekam ini dilakukan di bahagian belakang badan dan kawasan tengkuk dengan tujuan untuk membuang darah kotor yang bertoksin .penyakit darah tinggi jika tidak dikawal akan membolehkan seseorang mendapat stroke.Dengan berbekam proses perjalanan darah anda akan lancar dan sakit kepala akan berkurangan


BEKAM MERAWAT GOUT(RM60.00)
Tujuan bekam ini dilakukan adalah untuk membuang darah kotor,toksin dan asid uric yang berkumpul terutamanya dibahagian sendi kaki ,pinggang dan bahagian belakang badan.Insyallah dengan melakukan bekam secara kerap(2 Minggu sekali) dan konsisten anda tidak akan diserang gout lagi

BEKAM MUKA (RM30.00)

Rawatan ini adalah bagi mereka yang menghadapi masalah wajah yang kusam.Bekam akan dilakukan dibahagian muka bagi melancarkan darah.

 

URUTAN BADAN (RM60.00)

Rawatan urut ini ditawarkan kepada lelaki dan wanita untuk melancarkan perjalanan aliran darah dan memperbaik urat yang tersimpul.Cas rawatan ialah RM60.00/jam

 

URUT KAKI RM38.00/JAM

Rawatan urut ini dilakukan dibahagian kaki bagi anda yang mengalami masalah sakit kaki,penat dan krem.