RASA TAKUT BERBEKAM BERTUKAR MENJADI SATU KEPUASAN SELEPAS BEKAM..

Semalam saya dijemput untuk berbekam dirumah seorang pesakit di Puchong.Nenek beliau mengalami masalah sakit kaki dan kesukaran berjalan kerana masalah berat badan.Sebelum proses bekam dijalankan , nenek beliau merasa sangat takut hingga hampir menangis untuk berbekam sehingga memegang tangan anaknya dengan kuat.Keinginan nenek untuk berbekam diteruskan walaupun dalam keadaan sangat takut.Sepanjang proses bekam dijalankan nenek beliau tidak boleh berkata-kata langsung dan  hanya bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa bekam disebabkan takut.Alhamdulillah selepas selesai bekam nenek boleh menggerakkan kakinya dengan mudah dan dia tersenyum puas dan menunjukkan isyarat tangan tanda puashati.Nenek berpesan supaya datang lagi sebab katanya bulan depan nenek nak bekam belakang badan dan belakang betis.Insyallah jika dijemput lagi kami pasti akan datang untuk membantu menyembuhkan nenek

Kepada mereka diluarsana yang takut untuk mencuba rawatan ini,anda tidak perlu risau kerana rawatan ini tidak menyakitkan sama sekali.Buatlah temujanji awal kepada Pn.Aini 0192957929 /0192608092 sebelum datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.