RAWATAN BAGI PESAKIT ASMA….

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara
Pencetus biasa serangan asma termasuk:
  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.
Bagi merawat masalah asma rawatan bekam adalah salah satu kaedah.Berbekam dapat membuang toksid dan mengurangkan lendir didalam paru-paru.pesakit asma digalakkan berbekam 2 minggu sekali dan disyorkan makan habbatus sauda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.