RAWATAN DARAH TINGGI…

Bagaimana tekanan darah boleh meninggi?
Tekanan darah boleh menjadi tinggi atas berapa faktor.
Antaranya :
  • Merokok
  • Obesiti
  • Terlalu banyak garam dalam diet pemakanan
  • Kurang bersenam
  • Stress
  • Alkoholik
  • Berumur (salur darah kurang fleksibel dalam membawa tekanan darah)
  • Genetik
  • Keluarga terdekat mempunyai sejarah tekanan darah tinggi
  • Buah pinggang berpenyakit
  • Masalah adrenal atau thyroid
Komplikasi
Terdapat banyak permasalahan sekiranya tekanan darah kita melebihi tahap sepatutnya lebih-lebih lagi sekiranya penghidap menghidapinya dalam masa yang panjang (kronik).
  • Saluran darah arteri menjadi rosak dan akan menyebabkan atherosclerosis. Perkara ini akan menyebabkan salur darah akan tersekat disebabkan tindak balas bahan yang ada dalam darah dengan salur darah yang rosak.
  • Aneurisme (aneurysm) iaitu salur darah akan membesar dan sekiranya salur darah tidak mampu untuk menahan tekanan kemungkinan akan menyebabkan salur darah pecah .
  • Penyakit jantung. Seperti yang kita tahu jantung adalah organ paling penting dalam mengepam darah ke seluruh badan. Sekiranya tekanan darah tinggi, banyak tenaga yang diperlukan oleh jantung untuk bekerja. Komplikasi yang biasa kita lihat adalah cardiomyopathy iaitu sel-sel jantung menajdi besar kerana ingin menampung tekanan darah. Sekiranya berlanjutan, jantung akan agar berfungsi (heart failure)
  • Strok.
  • Masalah buah pinggang,
  • Sindrom metabolik badan, dipercayai bahawa salah satu punca permasalahan ini berlaku adalah disebabkan tekanan darah tinggi yang berlaku. Penyakit ini adalah satu kumpulan tanda iaitu :
Kadar kolestrol dalam darah yang tinggi, kurang HDL, insulin dalam darah tinggi dan diameter pinggang melebihi kadar yang sepatutnya. Tanda-tanda ini akan menyebabkan strok, kencing manis dan sakit jantung.
Rawatan dan pencegahan

Dalam pepatah arab ada menyebut, memelihara itu lebih baik daripada mengubati ataupun seperti yg kira ketahui mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya. Merawat tekanan darah tinggi ini, kita seharusnya mengawal pemakanan dan mengambil diet yang seimbang.Disamping itu juga,berbekam dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.Pesakit darah tinggi digalakkan berbekam 2 minggu sekali.Insyallah tekanan darah tinggi anda akan berkurangan.

Untuk rawatan sila buat temujanji kepada Pn Aini 019-2608092

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>