Soalan Lazim

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.Semua alatan bekam kami akan melalui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZER sebelum proses berbekam dijalankan.

3) Apakah waktu yang baik yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab berbekam ialah tanggal 17,19 dan 21hb kalendar islam dalam keadaan perut yang kosong.

4) Siapakah yang tidak digalakkan berbekam darah ?
Individu yang tidak digalakkan ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit berbanding bekam angin.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit klinikal anda dianjurkan berbekam seminggu sekali .

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak makan dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Berbekam dalam keadaan perut kosong atau jangan makan berat 2 jam sebelum temujanji bekam.

10) Bolehkah berbekam pada hari RABU ?
Boleh,jika pada hari tersebut jatuhnya tarikh mustajab berbekam (17/19/21 kalendar islam) ataupun pada hari tersebut juga anda sedang sakit dan perlukan rawatan bekam dengan kadar segera.Tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.

11) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?
i) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

ii) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

iii) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

17 Responses to Soalan Lazim

  1. aji says:

    Salam.. mohon pencerahan…

    Berkaitan dengan individu yang tidak digalakkan berbekam,
    1. Mengapa individu yang menghidap penyakit kulit tidak digalakkan berbekam?
    2. Ada mengatakan penghidap HIV/AIDS juga tidak digalakkan berbekam sedangkan berbekam mampu menguatkan sistem ketahanan tubuh?

    Mohon pencerahan, terima kasih

  2. mohd harun bin hamzah says:

    Bagi pesakit gout yg sedang sakit, dimanakah point yg sesuai untuk meletakan cup bagi tujuan berbekam yg dapat memberikan penyembuhan segera. Adakah diletakkan cup terus pada kaki yg sedang sakit dan membengkak

  3. azie says:

    Salam..saya ada dgr bekam boleh bantu subur wanita. Berapa bayaran bagi rawatan begini?

  4. Mohamed Saupi Asaari says:

    Assalamualaikum, saya berminat untuk berbekam. Boleh berikan tarikh dan masa yang ada kelapangan yang bersesuaian.. Tk

    • Noraini(0192957929) says:

      wslm.encik perlu buat temujanji .kami melakukan rawatan hanya berdasarkan temujanji shj.tentang masa yang sesuai ialah pada 14@16hb september ini dimana kesembuhan yang tinggi jika berbekam pada tarikh sunnah.untuk temujanji lelaki sila hubungi mohd fazerin 0175465185

    • Noraini(0192957929) says:

      wslm.encik perlu buat temujanji .kami melakukan rawatan hanya berdasarkan temujanji shj.tentang masa yang sesuai ialah pada 14@16hb september ini dimana kesembuhan yang tinggi jika berbekam pada tarikh sunnah.untuk temujanji lelaki sila hubungi mohd fazerin 0175465185

  5. miss auni says:

    Kalau buat bekam di kepala..wajib ke botak kan kawasan yang nak di bekam?

  6. Shyaz says:

    Assalamualaikum,
    Sy berbdn besar & seringkali sakit2 bdn terutamanya di bhgn kaki n bahu. Tukang urut sy mengatakan badan saya banyak angin & banyak toksin. Apakah pakej terbaik yg perlu sy ambil?
    Terima kasih.

  7. Murni says:

    Suami saya baru menderma darah 1/1/15..bolehkah berbekam? Mohon pencerahan.Terima Kasih

  8. farish ayub says:

    as salam

    nak tanya…

    bekam ni untuk lelaki boleh tak ? kalau di KL ada wakil tak yg buat untuk lelaki ?

    terima kasih

  9. Jeffry Azmi Nasruddin says:

    Sy berminat untuk berbekam dalam masa terdekat. Bilakah tarikh terdekat untuk berbekam ?

  10. Izzat Hazrul says:

    Kalau saya nak buat bekam di kepala, adakah rambut perlu dicukur. Dan adakah bayaran nya masih sama.

  11. zarina says:

    Assalamaualaikum wbt, saya baru pertama kali berbekam malam tadi (13hb Julai 2015) dan saya tidak tahun bahawa wanita haidh tidak digalakkan berbekam. Mohon diberikan maklumat kepada saya apakah kesannya kepada diri saya kerana telah berbekam ketika haid. Jazakkallahukhairan kathira.

  12. Norfarahana says:

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai bekam utk masalah resdung. Berapa kali bekam perlu saya lakukan dan di mana saya patut pergi utk melakukannya?

  13. ab. ghani b. md. damin says:

    assalamualikum pn. di Johor di mana ada rawatan berbekam untuk wanita ……di Kota Tinggi ada ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *