SOLAT DAN BEKAM ADALAH RAWATAN BAIK UNTUK SAKIT PINGGANG…

Solat sebagai terapi sakit pinggang Jika sebelum ini kita merujuk kepada terapi yang dirumus oleh orang barat, Islam telah menyediakan rumusan paling mujarab 1400 tahun sebelum dulu lagi. Solat yang kita lakukan sehari 5 kali sudah lebih cukup untuk menjadi terapi kepada penyakit yang sangat terkenal ini. Adakah anda masih tidak percaya? sekumpulan penyelidik UM telah melakukan kajian terhadap pesakit yang mengalami sakit pinggang. Alat berteknologi tinggi digunakan bagi menguji kesan solat terhadap tekanan dan regangan yang dialami oleh pesakit sebelum dan selepas terapi solat.
Daripada hasil kajian tersebut, di dapati terapi solat dengan melakukan gerakan-gerakan solat yang sempurna berupaya mengurangkan tekanan pada pinggang pesakit dan seterusnya menguatkan dan membetulkan kedudukan tulang belakang serta otot seseorang. Gerakan solat yang paling memberi kesan adalah semasa berdiri tegak, rukuk dan sujud. jika diamati dengan teliti, ketiga-tiga gerakan ini boleh ditemui dalam senaman yang dirumuskan oleh barat (seperti di atas)…
Dengan rawatan bekam juga ia mampu membantu anda mengatasi masalah sakit pinggang ini.Insyallah pinggang anda pulih .
Untuk rawatan sila buat temujanji kepada PN.Aini 019-2608092

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *