TIDAK GENTAR WALAUPUN AKU DIUGUT..

Ini kisah benar yang berlaku pada saya  dimana saya  ingin membuat rawatan bekam sihir di rumah pesakit di Putrajaya.Pesakit tersebut terkena kes sihir pemisah rumahtangga yang agak kuat juga,apabila dibacakan ayat pembatal sihir pesakit kerasukan dengan agresif dan menangis sepanjang rawatan.Sehari sebelum temujanji dengan pesakit tersebut,apabila ingin melelapkan mata saja,tiba-tiba datang satu bayangan lembaga hitam bermata merah dan berkata-kata berbaur ugutan “jika kamu pergi,kamu akan sakit !!!”…sepanjang malam  lembaga tersebut datang mengugut saya.Tapi keesokan harinya saya pergi macam biasa membekam pesakit sihir tersebut,alhamdulillah tiada perkara buruk terjadi.Moral of the story dari kisah ini,jurubekam perlu kerap membaca kursi dan 3 qul sebelum pergi membekam pesakit untuk perlindungan diri dari jin/syaitan dan jangan sesekali takut dengan ugutan jin/syaitan ini kerana sesungguhnya mereka itu tidaklah berdaya sangat mencederakan manusia dan ia lebih kepada psiko sahaja.Sesungguhnya ALLAH itu adalah lebih berkuasa dari jin dan syaitan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *