TIK..TIK..TIK..BUNYI APA TU?.

 

Petang tadi saya merawat seorang pesakit sawan.Beliau sering merasa kejang-kejang dan adakalanya ia berlarutan selama beberapa hari.sebelum ini saya memang ada merawat masalah yang sama tetapi biasanya sawan terjadi dalam masa beberapa jam sahaja.Semasa proses bekam dijalankan pesakit berasa tidak selesa dan sakit teramat sangat sehingga menangis.Sepanjang bekam beliau menangis dan diselangseli dengan tergelak.Pelik juga sebab kenapa nangis pastu tiba-tiba gelak.Bila ditanya apa yang kelakar sangat dia cuma gelengkan kepala.Apabila dibekam dibahagian kaki , suasana bilik bekam yang sunyi sepi tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi ketukan..”tik..tik..tik..tik ..” dari kaki yang dibekam.Dalam masa yang sama juga pesakit menjerit dan memberitahu kakinya seperti dicucuk.Selepas bekam pesakit mengadu lapar padahal sebelum bekam kawannya memaklumkanbeliau sudah makan.Rupa-rupanya pesakit  ini ada gangguan saka dan mngkin juga sihir menurut kawannya.Saya menasihati pesakit supaya dapatkan rawatan islam disamping berbekam 2 minggu sekali untuk mendapat kesembuhan.Sehingga sampai dirumah beliau pun masih lapar walaupun selepas bekam sudah makan burger pula.Hakikatnya walaupun selepas dan sebelum bekam tidak digalakkan makan berat beliau tidak mengendahkan semua itu.Pesakit saka sebegini walau diberi makan nasi seperiuk juga pasti tidak akan cukup.Kepada anda yang ada masalah saka segeralah berubat.

Hubungi PN AINI 019-2608092@wassap 018-9484375 untuk temujanji rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *