KESEMBUHAN HANYA PADA ALLAH SWT…

Pelanggan yang dihormati , ramai yang bertanya berapa kali saya perlu berbekam?..Sekali bekam boleh baik ker?..Betul2 boleh sembuh ker dengan bekam ni?..Anda semua perlu percaya bahawa semua kesembuhan adalah datangnya dari ALLAH SWT dan saya hanya membantu anda.Ia bukan terletak ditangan ssya kerana saya juga manusia biasa.Perubatan bekam adalah sunnah nabi dan sebagai umatnya kita harus percaya dengan rawatan ini dimana nabi sendiri mendapat perintah ini ketika beliau diisrakmikrajkan.Seperti yang disebut oleh hadis:

Pada malam aku diisra’kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam).”
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

“Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia.”

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya… diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya.” (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

“Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan.” (HR. Abu Daud) Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

“Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan”

“Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang”
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.