PENGAWALAN MAKANAN PESAKIT KENCING MANIS..

 

Pemakanan

Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.

1)Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang
ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.

2)Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi,
oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus
diambil.

3)Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah
diproses, coklat dan madu harus dielakkan.

4)Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana
peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit
jantung. Elakkan daripada
menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.

5)Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan
makanan seperti kerepek dan kacang tanah.

6)Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah
seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk
memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.

7)Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang
normal.

8)Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana
alkohol akan mengubah paras glukosa darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.